Skip to content

ERNIE ZAKRI LAKAR SEJARAH DI ANUGERAH BERPRESTIJ INDONESIA

ERNIE ZAKRI LAKAR SEJARAH DI ANUGERAH BERPRESTIJ INDONESIA

Kongsikan artikel ini

Bukan calang-calang! Ernie Zakri mencipta rekod tersendiri apabila menjadi penyanyi Malaysia pertama tercalon dalam anugerah muzik Indonesia, SCTV Music Awards.

Masing-Masing, lagu duetnya bersama pemuzik dan komposer Indonesia, Ade Govinda menerima pencalonan dalam tiga kategori iaitu Kolaborasi Paling Ngetop, Video Klip Paling Ngetop dan Lagu Pop Paling Ngetop.

Ditanya mengenai perasaannya apabila menerima perkhabaran itu, Ernie berkata dia amat bersyukur kerana lagu Masing-Masing diterima baik pendengar di Indonesia.

Ernie zakri masing-masing

Foto: Universal Music

“Sungguh menggembirakan melihatnya bergema dengan pendengar di sana. Terima kasih Indonesia kerana menerima Masing-Masing dan menjadikannya melonjak di carta radio anda,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Kolaborasi Ernie Zakri & Ade Govinde Pukau Peminat

Masing-Masing yang digubah dan ditulis oleh Ade bersama Nabila V merupakan kolaborasi antara Universal Music Malaysia dan MyMusic Records. Ia mencatat pencapaian membanggakan apabila menduduki tangga teratas dalam carta stesen radio Indonesia, GEN98.7 FM Jakarta serta Best FM dan Era FM di Malaysia.

Ade atau nama sebenarnya Ade Nurulianto berkata, menjalin kolaborasi dengan Ernie adalah satu pengalaman cukup manis dan indah buatnya.

“Saya mewakili MyMusic Records gembira lagu ciptaan yang dinyanyikan indah oleh Ernie berjaya menduduki tempat pertama di kebanyakan carta radio Indonesia dan Malaysia. Semoga kolaborasi ini boleh membawa penyanyi lain juga untuk bekerjasama antara dua negara dengan hasil yang membanggakan juga. Terima kasih pendengar Indonesia dan Malaysia yang sudah menikmati lagu Masing-Masing,” katanya.

Ini merupakan kolaborasi kedua Ernie bersama Ade. Mereka menjalin kerjasama buat kali pertama menerusi lagu Hal Hebat pada 2022.

 

Foto: X

Pautan berkaitan: WAJAH ERNIE ZAKRI TERPAMPANG DI PAPAN DIGITAL IKONIK TIMES SQUARE NEW YORK