Skip to content

BINTANG GEN V, CHANCE PERDOMO MENINGGAL DUNIA PADA USIA 27 TAHUN

BINTANG GEN V, CHANCE PERDOMO MENINGGAL DUNIA PADA USIA 27 TAHUN

Kongsikan artikel ini

Chance Perdomo, aktor muda yang membintangi siri televisyen Gen V dan Chilling Adventures of Sabrina disahkan maut pada 31 Mac lalu.

Kematiannya berpunca daripada kemalangan jalan raya melibatkan motosikal yang ditunggangnya. Berita duka itu disahkan pegawai seantaranya menerusi satu kenyataan rasmi.

“Dengan rasa duka cita kami ingin berkongsi bahawa Chance Perdomo telah pun meniggalkan kita akibat kemalangan motosikal. Pihak berkuasa mengesahkan tiada individu lain yang terlibat.

“Keghairahannya terhadap seni dan keterujaannya pada kehidupan dirasai oleh semua yang mengenalinya. Dan kemesraannya akan terus hangat dalam diri mereka yang paling disayanginya. Kami meminta agar anda menghormati privasi keluarganya yang sedang berkabung atas kehilangan anak mereka yang tercinta.”

Chance Perdomo

Foto: Amazon/Everett Collection

Latar Belakang Kerjaya Chance Perdomo

Aktor Britain-Amerika ini dikenali menerusi siri spinoff The Boys berjudul Gen V. Dia memegang watak Andre Anderson, seorang pelajar popular di sebuah universiti yang mempunyai keupayaan memanipulasi magnetik. Di universiti yang diasaskan oleh organisasi jahat Vought International ini, adi wira dibenarkan berlatih dan mengasah kuasa mereka.

Dalam siri itu dia berlakon di samping Jaz Sinclair, Lizze Broadway, Maddie Phillips dan London Thor. Pembikinan musim kedua dilaporkan telah pun ditangguhkan berikutan tragedi itu.

Sebelum membintangi Gen V, Chance menggalas peranan utama sebagai Ambrose Spellman dalam Chilling Adventures of Sabrina bersama Kiernan Shipka, Ross Lynch dan Michelle Gomez.

Merupakan pelakon Afro-Latino, Chance dilahirkan di Los Angeles tetapi dibesarkan di Southampton, England. Selepas tamat pengajian, dia berhasrat mempelajari undang-undang namun minatnya beralih kepada dunia lakonan.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: 18 SELEBRITI TERKENAL YANG MENINGGAL DUNIA PADA 2023