TANAH GAJAH, A RESORT BY HADIPRANA: DESTINASI PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI
Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana merupakan sebuah destinasi percutian yang menjanjikan ketenangan, privasi dan keindahan alam semula jadi Ubud, Bali yang tiada tandingan.
Berlokasi hanya 10 minit dari pusat keagamaan dan kesenian kepulauan Bali, Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana merupakan sebuah oasis alam semula jadi yang berlatar pemandangan sawah padi dan taman kehijauan yang unik. Pernah dinobatkan sebagai antara resort terbaik dunia di Indonesia oleh Condé Nast Traveler, resort 5-bintang nan mewah ini juga terkenal dengan hospitaliti dan seni bina artistik, serta satu-satunya destinasi percutian yang mempunyai belon udara panas di Bali.
Nama resort ini diambil sempena arkitek dan pereka seni bina legenda Indonesia, Hendra Hadiprana. Beliau dikenali sebagai seorang pengumpul karya seni, lantas memberikan definisi bahru kepada hotel mewah di Indonesia. Awalnya direka sebagai rumah penginapan pada sekitar 1980an, dan menjalani tranformsi sebagai sebuah resort yang menceduk nama daripada kuil gua berdekatan iaitu Goa Gajah.
Destinasi Penginapan Penuh Kemewahan
Dilancarkan semula pada 2020, Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana menawarkan 20 ruang penginapan suite dan villa dalam kawasan yang berkeluasan enam hektar. Dari One Bedroom Club Pool Villa kepada The Hadiprana Estate, setiap ruang penginapan menjanjikan pengalaman kemewahan yang tersendiri. Bagaikan oasis alam semula jadi, destinasi penginapan penuh privasi ini juga dihiasi dengan arca-arca seni yang unik. Paling ikonik, Candi Bentar yang menampilkan ukiran gajah yang menjadi latar kehijauan bersama sawah padi dan kolam angsa.
Dua destinasi seni kulinari di sini yang diketuai oleh Cef Eksekutif Khairudin ‘Dean’ Nor memberikan seleksi menu yang diinspirasikan daripada cita rasa Asia. Ia menggunakan bahan-bahan segar tempatan. The Tempayan menjadi lokasi sarapan pagi dan makan malam dengan seni bina wantilan. Wantilan ini menceduk inspirasi pavilion Bali yang menjadi lokasi berkumpul buat penduduk kampung. Panen Padi Lounge pula menjadi lokasi untuk menikmati minum petang yang ikonik. Ia menampilkan seni ukiran Bali yang memukau dalam penceritaan kehidupan Hendra Hadiprana.
Persembahan Kecak dan Tarian Api
Sempurnakan percutian Bali dengan siri rawatan spa dan urutan yang menenangkan di The Spa. Selain itu terdapat aktiviti kesejahteraan seperti ritual penyucian, yoga dan merentas sawah padi. Dalam memberi penghormatan kepada budaya tempatan, Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana juga menawarkan persembahan Kecak dan tarian api. Ia terbuka buat tetamu dan pengunjung pada setiap Selasa, Jumaat dan Ahad di hadapan Candi Bentar.
Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana kini popular menjadi pilihan sebagai destinasi perkahwinan tropikal yang tidak akan dilupakan. Bakal pengantin boleh menempah keseluruhan resort dan menganjurkan majlis resepsi untuk 100 tetamu jemputan.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau membuat tempahan bilik, anda boleh klik di sini.
Baca lebih lanjut: 10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND
Tags
Artikel Yang Berkaitan
‘HEALING’ BERSAMA HERO ANDA DI MANGALA ESTATE BOUTIQUE RESORT
Bersempena Hari Bapa 2024, Mangala Estate Boutique Resort di Kuantan, Pahang mahu menghargai pengorbanan hero dalam hidup anda dengan pengalaman Mangala Spa yang menenangkan.
10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND
Mahu pengalaman kembara yang luar biasa ke New Zealand? Nikmati percutian musim luruh dengan festival kebudayaan dan destinasi yang mesra-Muslim yang mengagumkan.
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH
Semasa matahari terbenam di ufuk pada hari terakhir tahun 2023, Lexis Hibiscus Port Dickson berubah menjadi syurga kaleidoskopik bagi lebih daripada 2,000 para tetamu yang meraikan perayaan Malam Tahun Baru yang paling dinantikan tahun ini.
DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE MENAWARKAN PERCUTIAN ‘THE MALAYSIAN EXPERIENCE’ BAHARU
Hotel peranginan tepi tasik, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside memperkenalkan 14 kategori bilik baharu, DoubleTree Studio Residency dan pengalaman percutian bertema Malaysia.
TEROKAI PERCUTIAN ‘JIM THOMPSON MYSTERY WEEKEND’ DI CAMERON HIGHLANDS RESORT
Buat yang menyukai kisah misteri, Cameron Highlands Resort akan mengadakan pengalaman percutian Jim Thompson Mystery Weekend yang luar biasa pada 28 hingga 30 Julai 2023.
SEVENFRIDAY GAMES 2023 KEMBALI DI BALI, INDONESIA
GLAM Lelaki terbang ke Bali, Indonesia untuk menyertai SEVENFRIDAY Games 2023, acara tahunan yang dianjurkan oleh jenama jam tangan yang berasal dari Zurich, Switzerland.