5 MAKANAN UNTUK MENINGKATKAN GHAIRAH SEKS LELAKI
Ramai lelaki tidak menyedari makanan memberi pengaruh besar terhadap nafsu seks dan prestasi di ranjang.
Menurut pakar kesihatan, setiap jenis makanan mempunyai nutrisi berbeza dan boleh mempengaruhi keghairahan seseorang. Sejak berkurun lamanya beberapa makanan dikenal pasti mampu meningkatkan keinginan seksual secara semula jadi.
Ini makanan yang boleh anda ambil untuk perhebatkan prestasi seks
1. TIRAM
Makanan berkerang seperti tiram kebiasaannya menjadi pilihan pertama buat lelaki yang mahu meningkatkan libido di ranjang. Dikenali sebagai afrodisiak, ia tinggi kandungan zink yang mampu meningkatkan pengeluaran testosteron dan sperma.
2. COKLAT GELAP
Selain rasanya yang enak, coklat gelap adalah sumber serotonin dan phenylethylamine yang baik untuk merangsang aktiviti seksual. Kafein yang terkandung di dalamnya meningkatkan aliran darah dan libido pada masa sama.
3. KEKACANG
Zink, selenium dan Vitamin E yang terkandung dalam kekacang seperti badam dan gajus mampu melancar peredaran darah dan meningkatkan libido.
4. BAWANG PUTIH
Pasti ramai tidak tahu bawang putih membantu memekatkan air mani lelaki sekali gus meningkatkan nafsu seks sewaktu klimaks. Ia juga dikatakan dapat mengatasi masalah lemah tenaga batin.
5. PISANG
Bukan saja sedap, malah pisang merupakan salah satu buah paling bermanfaat buat kaum lelaki. Ia mengandungi bromelain yang dapat merangsang nafsu lelaki di ranjang.
Foto: Fabrikasimf/Freepik
Pautan berkaitan: 6 MAKANAN UNGGUL UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI
Siapa sangka penggunaan mainan seks semakin diterima sebagai cara yang sah untuk meningkatkan kesihatan seksual dan kepuasan diri. Mainan seks bukan sahaja dicipta untuk wanita, lelaki juga dapat meraih banyak manfaat daripada penggunaannya. Berikut adalah 10 manfaat utama kesihatan menggunakan mainan seks untuk lelaki: 1. Meningkatkan Kesihatan Seksual Penggunaan mainan seks membantu lelaki lebih memahami…
5 TIPS KESIHATAN MENINGKATKAN PRESTASI SEKS LELAKI
Temui tips kesihatan untuk meningkatkan prestasi seks dan kepuasan yang lebih medalam bagi pengalaman seks yang lebih memuaskan.
15 LELAKI BERKONGSI MENGENAI TABIAT BERONANI
Benarkah tabiat beronani anda adalah 100% normal? Baca perkongsian 15 jejaka yang GL temu bual untuk mengetahui pengalaman mereka!
MAKAN INI UNTUK MENINGKATKAN STAMINA SEKS DAN ORGASME LELAKI
Amalkan diet mudah ini untuk suntikan stamina dan orgasme lebih lama dalam memberikan kesihatan dan kepuasan seks yang maksima.