DUA TAHUN BERKAHWIN BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ BAKAL BERCERAI?
Rumah tangga power couple, Ben Affleck dan Jennifer Lopez atau lebih dikenali sebagai ‘Bennifer’ dilaporkan sedang retak menanti belah.
Menurut sumber terdekat, perkahwinan pasangan itu sudah tidak dapat diselamatkan lagi dan mereka sedang menuju ke arah perceraian. Malah Ben dan Jennifer dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung.
“Tiada lagi harapan, semuanya telah musnah. Mereka bakal bercerai dan kali ini, kesilapan bukannya datang daripada Ben,” jelas sumber.
Ben dilaporkan sudah pun berpindah keluar dari rumah idaman mereka yang bernilai lebih USD60 juta. Menurut sumber, kemungkinan besar kediaman itu akan dijual selepas mereka sah bercerai. Kali terakhir mereka dirakam bersama adalah pada hujung Mac lalu.
Ben Affleck Alih Tumpuan Pada Kerjaya
Spekulasi keretakan rumah tangga mereka muncul selepas Ben tidak menghadiri Met Gala baru-baru ini walaupun isterinya dilantik sebagai hos pada acara fesyen terbesar itu.
Alasan Ben adalah kerana dia sedang sibuk menjalani penggambaran filem The Accountant 2. Namun sumber mendedahkan dia enggan menghadirinya kerana telah pun memutuskan untuk bercerai dengan Jennifer.
“Fokusnya kini adalah pada kerja dan anak-anak. Mereka tidak pernah berhenti mencintai satu sama lain tetapi Jennifer tidak mampu mengawal suaminya, dan Ben pula tidak mampu mengubah isterinya. Mustahil perkahwinan mereka akan bertahan,” tambah sumber.
Pasangan ini mula menjalin hubungan pada tahun 2000-an. Hanya beberapa hari sebelum disatukan sebagai suami isteri pada 2003, mereka memutuskan untuk membatalkan perkahwinan. Bennifer mengumumkan perpisahan mereka pada Januari 2004.
Selepas hampir dua dekad, kedua-duanya kembali menjalin hubungan seterusnya mengikat tali perkahwinan di Las Vegas pada 16 Julai 2022.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: BEN AFFLECK UKIR MESEJ SENTIMENTAL PADA CINCIN TUNANG JENNIFER LOPEZ
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?
Power couple Hollywood, Ben Affleck dan Jennifer Lopez kembali menjadi topik perbualan hangat selepas dirakam beraksi mesra di sebuah hotel terkemuka.
GAYA PASANGAN SELEBRITI DI FESTIVAL FILEM VENICE 2024
Festival Filem Venice tidak pernah gagal menyajikan momen fesyen berpasangan terbaik di karpert merah. Tahun ini tidak terkecuali.
BELUM SAH BERCERAI, BEN AFFLECK SUDAH TEMUI PENGGANTI JENNIFER LOPEZ?
Belum seminggu Jennifer Lopez menfailkan perceraian, Ben Affleck sudah pun meneruskan kehidupannya dan mencari cinta baharu.
10 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG JENNIFER LOPEZ ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU
Nama JLo menjadi sebutan di seluruh dunia, namun beberapa fakta hebat mengenainya hampir dilupai peminat.
ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK
Tanggal 20 Ogos 2024 menandakan ulang tahun perkahwinan kedua buat Ben Affleck dan Jennifer Lopez. Pada tarikh sama, JLo menfailkan perceraian.
BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA
Kala J-Lo meniup lilin kek hari jadi tanpa suami di sisi, Ben Affleck turut meraikannya dengan cara tersendiri: Membeli rumah agam untuk didiaminya sendiri.