Skip to content

PENAMPILAN PERTAMA LIAM HEMSWORTH SEBAGAI GERALT OF RIVIA DALAM THE WITCHER

PENAMPILAN PERTAMA LIAM HEMSWORTH SEBAGAI GERALT OF RIVIA DALAM THE WITCHER

Kongsikan artikel ini

Siri fantasi kegemaran ramai, The Witcher musim keempat bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Baru-baru ini Netflix menamatkan penantian peminat dengan berkongsi pandang pertama teraju baru siri itu, Liam Hemsworth sebagai Geralt Of Rivia. Liam mengambil alih peranan tersebut daripada Henry Cavill yang mengumumkan pengundurannya secara mengejut dua tahun lalu.

Teaser musim keempat memperlihatkan Geralt menarik kudanya di kawasan paya pada waktu malam yang berkabus. Kala terdengar bunyi deraman, dia menoleh ke belakang, sekali gus mendedahkan wajah baru di sebaik watak White Wolf.

Pada Oktober 2022, Netflix mengumumkan bahawa Henry tidak akan terlibat lagi dalam The Witcher selepas membintanginya selama tiga musim. Dia meninggalkan siri itu untuk menghidupkan semula watak Superman, namun namanya digugurkan daripada projek tersebut.

Liam Hemsworth Ambil Alih Pedang White Wolf Daripada Henry Cavill

Tidak lama selepas Netflix mengumumkan pengunduran Henry, aktor itu berkongsi luahan hatinya bersama 26.9 juta pengikutnya di Instagram.

“Perjalanan saya sebagai Geralt of Rivia dipenuhi pengembaraan dan pergelutan bersama raksasa. Namun begitu, saya akan melepaskan medalion dan pedang saya untuk musim keempat. Liam Hemsworth akan menyarung mantel White Wolf menggantikan saya.

“Sama seperti watak-watak sastera terhebat, saya melepaskan tanggungjawab ini dengan rasa terhormat atas masa yang diberi untuk menjelmakan watak Geralt, dan saya teruja untuk melihat perjalanan Liam menjayakan peranan ini. Liam, watak ini mempunyai kedalaman luar biasa. Selaminya dengan penuh perasaan dan lihat apa yang boleh anda temui,” tulisnya panjang lebar.

the witcher

Foto: X

Liam turut berkongsi berita itu bersama peminat di media sosial dan mendedahkan sebagai peminat siri The Witcher, dia amat teruja apabila ditawarkan peluang memegang watak Geralt of Rivia.

“Henry Cavill telah menggalas peranan Geralt dengan begitu luar biasa, dan saya berbesar hati dia membenarkan saya mengambil alih pedang White Wolf untuk sesi pengembaraan yang seterusnya,” tulisnya.

The Witcher yang mula ditayangkan di Netflix pada 2019 diadaptasi daripada siri buku fantasi karya Andrzej Sapkowski dengan judul sama. Menurut Hollywood Reporter, penggambaran musim keempat dijalankan secara serentak dengan musim kelima yang merupakan musim terakhir.

 

Foto: CBR

Pautan berkaitan: MICHELLE YEOH BAKAL TERAJUI SIRI BLADE RUNNER 2099

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HAMPIR HILANG KONTRAK NETFLIX, LIAM HEMSWORTH BAKAL MILEY CYRUS KE MAHKAHMAH?

KERJAYA TERGUGAT, LIAM HEMSWORTH BAKAL HERET MILEY CYRUS KE MAHKAHMAH?

Bacaan Lanjut
PEDANG WHITE WOLF BUKAN LAGI MILIK HENRY CAVILL

PEDANG WHITE WOLF BUKAN LAGI MILIK HENRY CAVILL

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBAIK HENRY CAVILL MENURUT ROTTEN TOMATOES

HENRY CAVILL TAYANG OTOT SASA, PEMINAT BERI KOMEN JENAKA

Bacaan Lanjut