5 PELAKON HAMPIR MAUT KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN
Ramai orang menganggap bekerja sebagai pelakon adalah satu profesion yang mudah.
Apabila sudah mencapai puncak kerjaya atau menandatangani kontrak dengan francais besar seperti MCU, apa yang pelakon perlu lakukan hanyalah menghafal dialog, menyarung kostum hebat, dan pelakon lagak ngeri akan mengambil alih apabila aksi menjadi terlalu sukar.
Namun realitinya, ia merupakan pekerjaan sukar yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Tiada jaminan keselamatan diberikan, malah mereka berdepan dengan bahaya yang boleh mengorbankan nyawa seperti yang dilalui oleh barisan pelakon ini. Ada kalanya muncul di set penggambaran diibaratkan seperti meletakkan nyawa di hujung tanduk.
Siapakah pelakon yang hampir temui ajal di lokasi penggambaran?
1. Aaron Paul
Sewaktu penggambaran Breaking Bad musim pertama, Aaron hampir mengalami kecederaan teruk dan lebih banyak lagi. Dia menjelaskan kejadian yang berlaku dalam sesi komen yang disertakan bersama DVD musim pertama. Ketika menjalani penggambaran satu babak bersama Bryan Cranston, dia bertanya kepada pengarah bolehkan dia bertukar posisi. Tanpa diduga, batu seberat 40 paun terjatuh dari ketinggian 14 kaki terus ke tempat di mana dia baru saja berdiri.
2. Michael J. Fox
Pelakon ini beruntung kerana terselamat ketika menjalani penggambaran filem Back to the Future Part 3 di mana dia hampir mati tercekik. Michael menyarung abah-abah dalam satu babak namun malangnya tali yang diikat di lehernya menjadi ketat, menyebabkan dia pengsan. Katanya kepada ScreenRant, “Saya tergantung dan tidak sedarkan diri selama beberapa saat sebelum pengarah Bob Zemeckis menyedari apa yang berlaku.”
3. Tom Cruise
Pelakon Edge of Tomorrow ini hampir menemui ajal ketika berlakon di samping Emily Blunt dalam filem tersebut. Emily mendedahkan pengalaman tersebut yang berlaku pada 2014 menerusi satu babak kejar-mengejar di dalam kereta. “Tom menggelabah sewaktu saya memandu menghampiri selekoh dan tidak henti-henti meminta saya ‘brek, brek, brek. Oh Tuhan. Brek, brek brek. Brek dengan kuat!’ Namun agak terlambat, saya sudah pun terlanggar pokok. Saya hampir meragut nyawa Tom Cruise,” katanya.
4. Dylan O-Brien
Ketika menjalani penggambaran sekuel Maze Runner: The Death Cure pada 2016, Dylan dirempuh dengan kuat oleh sebuah kereta sebelum dilanggar kali kedua oleh kenderaan lain. Dia mengalami beberapa kecederaan parah termasuk konkusi, patah tulang wajah dan trauma otak. Penggambaran filem tersebut terpaksa dihentikan selama hampir setahun demi memberi masa kepadanya untuk pulih, termasuk menjalani pembedahan rekonstruktif. “Saya melalui perjalanan yang sukar dan panjang disebabkan kejadian itu, mungkin ramai yang tidak menyedarinya,” katanya kepada Deadline Hollywood.
5. Jason Statham
Filem Expendables 3 sedang menjalani penggambaran di Bulgaria apabila Jason berdepan detik bahaya dalam hidupnya. Sylvester Stallone sebagai penulis skrip filem itu menjelaskan apa yang berlaku kepada The Independant. “Dia sedang memandu uji trak tiga tan ketika brek tiba-tiba putus.” Mujur Jason sempat melompat keluar sewaktu trak menjunam ke dalam Laut Hitam dari ketinggian 60 kaki. Lebih menyukarkan keadaan, dia menyarung but dan tali pinggang yang berat ketika itu. “Dia hampir lemas. Namun kerana Jason merupakan penyelam bertaraf Olimpik, dia berjaya menyelamatkan diri.”
Foto: Screen Rant
Pautan berkaitan: 10 PELAKON BOLLYWOOD YANG MELAKAR KEJAYAAN DI HOLLYWOOD
Tags
Artikel Yang Berkaitan
20 GAYA SELEBRITI TERBAIK DI KEJOHANAN WIMBLEDON 2024
Kejohanan tenis paling berprestij, Wimbledon 2024 menyaksikan kehahiran barisan selebriti, pempenagruh media sosial, atlet sukan serta keluarga diraja United Kingdom dengan gaya musim panas yang chic.
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA
Menjalin hubungan dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda atau lebih tua bukanlah satu perkara besar dalam dunia Hollywood.
7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH
Pasti anda tidak menyangka barisan selebriti Hollywood popular ini mempunyai lesen untuk menerbangkan pesawat.
5 SELEBRITI LELAKI YANG BERKAHWIN LEBIH TIGA KALI
Hidup perlu diteruskan - itulah mantra yang dipegang kebanyakan orang termasuk selebriti apabila memilih untuk berkahwin lagi selepas bercerai.
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.
TOM CRUISE PUTUS CINTA DEK GANGGUAN ORANG KETIGA
Baru beberapa bulan menjalin asmara, hubungan Tom Cruise dan teman wanitanya Elsina Khayrova dilaporkan sudah pun berakhir.