Skip to content

5 BUTIRAN TERSEMBUNYI DALAM POTRET RASMI PERTAMA RAJA CHARLES III

5 BUTIRAN TERSEMBUNYI DALAM POTRET RASMI PERTAMA RAJA CHARLES III

Kongsikan artikel ini

Setahun selepas istiadat pertabalan pada 6 Mei 2023, potret rasmi Raja Charles III yang pertama dipamerkan kepada umum baru-baru ini.

Potret yang dilukis oleh artis Britain, Jonathan Yeo itu didedahkan sendiri oleh Raja Charles di Istana Buckingham. Menurut kenyataan istana, ia mula dilukis pada tahun 2020 untuk meraikan ulang tahun ke-50 baginda sebagai ahli The Drapers Company, badan amal yang menyokong pelbagai tujuan termasuk pendidikan, pemulihan banduan dan penjagaan warga emas.

Mengambil masa empat tahun untuk disiapkan, ia mengundang pujian di media sosial sewaktu didedahkan kepada umum. Bagaimanapun ada yang mengkritik pilihan warna merah yang mendominasi potret tersebut, seakan darah.

Sama seperti kebanyakan potret rasmi Diraja, interpretasi Jonathan mengandungi beberapa perincian tersembunyi terhadap peranan baginda sebagai ketua negara di United Kingdom, darah Dirajanya dan minat peribadinya.

Ini butiran penting dalam potret Raja Charles III yang ramai terlepas pandang

1. Pakaian seragam merah yang disarung Raja Charles adalah daripada rejimen tentera Britain.

Foto: AP

Potret itu memaparkan Raja Charles memegang pedang dan memakai pakaian seragam Welsh Guards, rejimen tentera di mana baginda dilantik sebagai Regimental Colonel pada 1975. Baginda menyarungnya pada upacara Trooping the Colour sempena ulang tahun kelahirannya.

Penggunaan merah pada pakaian seragam dan keseluruhan potret adalah tanda penghormatan kepada warisan Diraja baginda kerana warna itu sering digunakan dalam pelbagai lukisan sejarah Diraja.

 

2. Warna merah pakaian seragam disebatikan dengan rona latar belakang kanvas dengan bersebab.

Menurut Jonathan, dia sengaja memudarkan warna pakaian seragam untuk memberi penonjolan pada wajah Raja Charles. Tujuannya agar orang ramai merasai hubungan langsung dengan baginda sebagai individu, bukannya memberi fokus pada persalinannya.

 

3. Rama-rama pada bahu kanan Raja Charles dinamakan sempena nama seorang lagi pemerintah Britain.

5 BUTIRAN TERSEMBUNYI DALAM POTRET RASMI PERTAMA RAJA CHARLES III

Foto: 9Honey

Jonathan menjelaskan, lukisan rama-rama adalah simbolik atas beberapa sebab. Pertama, ia rama-rama Diraja yang dikenal pasti melalui warna jingga, hitam dan putih. Ia dipercayai mendapat namanya daripada Raja William III yang dilahirkan di Belanda dan dikenali sebagai Prince of Orange sehingga dia menaiki takhta di England.

Tambah Jonathan, idea pertambahan rama-rama pada potret datangnya daripada Raja Charles sendiri.

 

4. Rama-rama juga memberi penghormatan kepada minat Raja Charles dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Baginda telah memperjuangkan kelestarian dan perlindungan alam sekitar selama beberapa dekad, lama sebelum dia memohon kerajaan dan perniagaan pada acara seperti sidang kemuncak G-7 dan COP26 untuk mengambil lebih banyak tindakan bagi memerangi krisis iklim.

 

5. Rama-rama sebagai simbolik evolusi baginda daripada Putera kepada Raja.

5 BUTIRAN TERSEMBUNYI DALAM POTRET RASMI PERTAMA RAJA CHARLES III

Foto: Getty Images

Sama seperti beluncas yang membuat kepompong dan bertukar menjadi rama-rama, Raja Charles melalui tempoh peralihan semasa potret ini dihasilkan. Kala Jonathan baru memulakan karya seninya ini pada 2020, baginda memegang gelaran Putera. Kini apabila telah siap, baginda sudah pun bergelar Raja.

“Dalam konteks sejarah seni, rama-rama sering menjadi simbol metamorfosis dan kelahiran semula. Dan ia selari dengan peralihan baginda daripada Putera kepada Raja sepanjang tempoh potret ini dihasilkan,” tulis Jonathan di laman webnya.

 

Foto: Today Show

Pautan berkaitan: PELAN PEMAKAMAN RAJA CHARLES, ‘OPERATION MENAI BRIDGE’ DIKEMAS KINI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN

10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN

Bacaan Lanjut
HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT

HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN

RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN

Bacaan Lanjut
6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN

6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN

Bacaan Lanjut
KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

Bacaan Lanjut
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut