Skip to content

“SAYA PERLU JALANI PEMBEDAHAN” - KEVIN JONAS MENGHIDAP KANSER

“SAYA PERLU JALANI PEMBEDAHAN” – KEVIN JONAS MENGHIDAP KANSER

Kongsikan artikel ini

Pemuzik Kevin Jonas mengejutkan peminat apabila mendedahkan dia disahkan menghidap barah kulit.

Menurutnya, apa yang disangka sebagai tahi lalat rupanya adalah sel kanser malignan. Ahli kumpulan Jonas Brothers itu telah pun menjalani pembedahan untuk membuang sel basal karsinoma yang tumbuh pada bahagian dahi kanannya.

Kevin berkongsi mengenainya bersama peminat melalui satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

“Hari ini saya menjalani prosedur untuk menyingkir sel basal karsinoma yang ada pada dahi saya,” katanya sambil menunjukkan bintik merah berhampiran garis rambutnya.

“Ya, itu adalah kanser kulit yang semakin membesar dan kini saya perlu jalani pembedahan untuk membuangnya,” tambahnya.

Kevin Jonas

Foto: NDTV

Kevin Jonas Pupuk Kesedaran

Dalam video sama, Kevin berkongsi keadaannya selepas selamat menjalani prosedur itu. Malah dia sempat berpesan kepada pengikutnya di Instagram untuk tidak mengabaikan sebarang tahi lalat yang dilihat luar biasa.

“Okey, saya sudah selesai. Sekarang hanya menunggu masa untuk sembuh. Pastikan anda periksa tahi lalat yang ada pada tubuh anda,” nasihatnya.

Sel basal karsinoma adalah jenis kanser kulit yang paling biasa dialami orang berkulit putih. Menurut Skin Cancer Foundation, sebanyak 3.6 juta rakyat Amerika Syarikat didiagnos setiap tahun.

Ia biasanya bermula pada lapisan permukaan kulit dan tidak merebak. Kemungkinan besar, ia berlaku pada bahagian kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari. Walaupun tidak mengancam nyawa, ia boleh menyebabkan kecacatan jika tidak mendapatkan rawatan.

Selain Kevin, selebriti Hollywood lain yang pernah didiagnos menghidap kanser kulit termasuk Hugh Jackman, Ewan McGregor, Brooke Shields dan Diane Keaton.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: MARK HOPPUS BLINK-182 AKHIRNYA DEDAH JENIS KANSER YANG DIHIDAPI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENAMPILAN PERTAMA NICK JONAS & PRIYANKA CHOPRA BERSAMA PUTERI SULUNG

PENAMPILAN PERTAMA NICK JONAS & PRIYANKA CHOPRA BERSAMA PUTERI SULUNG

Bacaan Lanjut

JOE JONAS BERGELAR BAPA BUAT KALI KEDUA

Bacaan Lanjut
NICK JONAS PUJI BTS, PEMINAT PULA YANG TERUJA

NICK JONAS PUJI BTS, PEMINAT PULA YANG TERUJA

Bacaan Lanjut

Homage filem dalam video What A Man Gotta Do daripada Jonas Brothers

Bacaan Lanjut