JUSTIN TIMBERLAKE DITAHAN ATAS TUDUHAN MEMANDU KETIKA MABUK
Malang nasib Justin Timberlake apabila ditangkap pihak polis atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Kejadian itu berlaku pada hari Selasa di Sag Harbor, New York, Amerika Syarikat. Justin dikhabarkan baru sahaja meninggalkan sebuah hotel selepas menikmati malam yang disulami minuman beralkohol.
Dia ditahan tidak lama kemudian kerana melanggar isyarat lampu merah dan gagal dalam ujian pengesanan kandungan alkohol. Menurut laporan ABC News, penyanyi berusia 43 tahun itu telah pun dibebaskan selepas menjalani perbicaraan singkat di mahkamah tanpa perlu membayar ikat jamin.
Sehingga kini wakil mahupun pengurus Justin masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tangkapan itu.
Justin Timberlake Akui Bebas Daripada Ketagihan
Penangkapan artis serba boleh itu berlaku hampir setahun selepas dia muncul dalam Master Class anjurah Oprah Winfrey. Dalam program itu, Justin mendedahkan pengalamannya mengambil alkohol secara berlebihan pada satu tahap dalam kerjayanya.
Dia juga bercakap kepada Oprah tentang bagaimana kehidupannya berubah selepas mendapatkan bantuan untuk masalah ketagihannya dan mengambil berat kesihatan diri.
Justin kini dalam perancangan menjayakan dua konsert yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini di Chicago dan dua pertunjukan lagi di New York pada minggu hadapan. Dia baru sahaja melancarkan album studio keenam berjudul Everything I Thought It Was pada Mac lalu.
Foto: Simon Ly
Pautan berkaitan: JUSTIN TIMBERLAKE HADIAHKAN ALBUM BARU BUAT PEMINAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DISERANG PENYAKIT, JUSTIN TIMBERLAKE TUNDA KONSERT JELAJAH DUNIA
Nampaknya Justin Timberlake terpaksa mengecewakan peminat demi memberi fokus pada kesihatannya.
NSYNC KEMBALI MEWARNAI DUNIA HIBURAN DENGAN LAGU BAHARU
Selepas 23 tahun, NSYNC membuat kejutan dengan mengumumkan pelancaran lagu terbaharu yang bakal menemui peminat pada 29 September.
DEBUT JUSTIN TIMBERLAKE SEBAGAI MODEL KEMPEN LOUIS VUITTON
Pada usia 42 tahun, Justin Timberlake membuat kemunculan pertama sebagai model kempen terbaharu jenama fesyen mewah Louis Vuitton.
SELEBRITI HOLLYWOOD YANG BERTEMU JODOH MENERUSI KENALAN
Ada antara mereka yang tahu ia merupakan cinta pandang pertama, ada juga yang memerlukan sedikit masa untuk menyedarinya.
RAMBUT FROSTED KINI KEMBALI LEBIH AGRESIF
Pernah menjadi kegilaan wanita era 2000’s, stail rambut kontroversi ini kembali menjengah tahun ini dengan lebih bersahaja.
7 FILEM INSPIRASI ATLET PERLU TONTON OLEH PEMINAT SUKAN
Bersempena dengan Sukan Paralimpik Tokyo 2020, GLAM Lelaki membariskan 7 filem kisah atlet yang dapat memberikan inspirasi kesukanan buat semua untuk bergelar juara.