Skip to content

PENAMPILAN TERKINI ZAC EFRON KEMBALI MENGUNDANG PERSOALAN

PENAMPILAN TERKINI ZAC EFRON KEMBALI MENGUNDANG PERSOALAN

Kongsikan artikel ini

Selepas membintangi Paperboy pada 2013, Zac Efron dan Nicole Kidman disatukan kembali dalam filem terbaru berjudul A Family Affair.

Filem romantik komedi itu ditayangkan kepada penonton menerusi platform penstriman Netflix bermula 28 Jun lalu. Ia berkisar tentang seorang gadis bernama Zara (Joey King) yang cuba memadamkan bibit-bibit cinta yang baru mekar antara majikannya, Chris Cole dan ibunya (Nicole Kidman).

Walaupun plot filem itu agak menarik, apa yang lebih mencuri perhatian adalah wajah penggalas watak Chris Cole, Zac Efron. Ramai penonton meluahkan rasa keliru dengan penampilan terkini aktor itu.

Selain wajahnya yang kelihatan amat berbeza, rautnya juga tampak lebih tua berbanding usianya yang belum pun mencecah 37 tahun. Kebanyakan penonton berkata mereka tidak dapat memberi tumpuan ketika menonton filem itu kerana terganggu dengan perubahan ketara pada wajah Zac Efron.

Zac Efron

Foto: Netflix

Kebenaran Di Sebalik Transformasi Wajah Zac Efron

Perubahan wajah bintang High School Musical ini hakikatnya bukanlah isu baru. Dia pernah bercakap mengenainya dalam satu temubual bersama majalah Men’s Health pada 2022.

Menurut pelakon itu, tulang rahangnya hancur selepas tergelincir di rumahnya ketika berlari sambil memakai stoking. Dagunya terhentak pada bucu air pancut yang diperbuat daripada granit, menyebabkannya pengsan.

Selepas menjalani pembedahan, otot-otot masseter di bahagian dalam muka dan rahangnya mengembang untuk mengimbangi kecederaan yang dialami. Disebabkan itulah wajahnya kelihatan membengkak, seakan menjalani pembedahan plastik.

Otot masseter wujud pada bahagian bawah muka dari tulang temporal ke rahang bawah. Otot ini membantu ketika makan dan mengunyah. “Kejadian itu agak kelakar. Ia juga teruk, saya hampir mati. Tapi sekarang saya okey,” katanya.

 

Foto: The Today Show

Pautan berkaitan: PENAMPILAN TERBAHARU ZAC EFRON MENYAMAI DUA WATAK FIKSYEN IKONIK

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Bacaan Lanjut
GILIRAN ZAC EFRON MENERIMA BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

GILIRAN ZAC EFRON MENERIMA BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

Bacaan Lanjut
JUSTIN TRUDEAU & HRITHIK ROSHAN ANTARA LELAKI TERKACAK 2023, SIAPA DI TANGGA TERATAS?

JUSTIN TRUDEAU & HRITHIK ROSHAN ANTARA LELAKI TERKACAK 2023, SIAPA DI TANGGA TERATAS?

Bacaan Lanjut
PENAMPILAN TERBAHARU ZAC EFRON MENYAMAI DUA WATAK FIKSYEN IKONIK

PENAMPILAN TERBAHARU ZAC EFRON MENYAMAI DUA WATAK FIKSYEN IKONIK

Bacaan Lanjut
ZAC EFRON DEDAH KEBENARAN DI SEBALIK TRANSFORMASI WAJAHNYA YANG MENGEJUTKAN

ZAC EFRON DEDAH KEBENARAN DI SEBALIK TRANSFORMASI WAJAHNYA YANG MENGEJUTKAN

Bacaan Lanjut

GODAAN LELAKI TERLETAK PADA JAMBANGNYA! 6 SEBAB PERLU ANDA TAHU

Bacaan Lanjut