Skip to content

MK K-CLIQUE TERUJA MENANTIKAN KELAHIRAN CAHAYA MATA SULUNG

MK K-CLIQUE TERUJA MENANTIKAN KELAHIRAN CAHAYA MATA SULUNG

Kongsikan artikel ini

Lama peminat berteka-teki tentang status kehamilan isteri MK K-Clique, Siti Hajaar setelah setahun pasangan itu mendirikan rumah tangga.

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram, persoalan itu akhirnya terjawab. Baru-baru ini MK memuat naik satu video sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

Dalam hantaran yang menampilkan cover lagu Oke nyanyian asal K3BI itu, dia berkongsi perjalanan kerjaya seninya dan wajah insan-insan penting dalam hidupnya termasuk keluarga.

Istimewanya, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin turut berkongsi klip menampakkan sosok isterinya yang sedang berbadan dua pada penghujung video.

MK K-Clique

Foto: Ohbulan!

Walaupun tidak mengumumkan kehamilan secara rasmi, tindakan MK mencium perut Hajaar yang sedang sarat ibarat mengesahkan berita gembira itu.

Di ruangan kapsyen, dia mencoret doa memohon anak soleh solehah diikuti dengan zikir puji-pujian terhadap yang Maha Esa atas kurniaan yang diberikan kepadanya.

“Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah untuk semua nikmat-Mu ya Allah. Endlessly blessed, forever grateful,” tulisnya.

Netizen Berkongsi Kegembiraan Bersama MK K-Clique

Perkongsian itu mengundang keterujaan di kalangan peminat yang turut mendoakan dan merakamkan ucapan tahniah buat pasangan itu.

“Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan segala urusan bakal ibu bapa kesayangan kami ni.”

“Comel baby bump. Perutnya besar macam bayi kembar.”

“Masha-Allah tahniah, MK Junior!” tulis beberapa peminat di ruangan komen.

MK dan Hajaar disatukan sebagai suami isteri pada 16 Jun 2023 di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang. Selangor. Pada majlis itu, MK memberikan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran dirahsiakan.

Foto: UtusanTV

 

Foto: Facebook

Pautan berkaitan: MK K-CLIQUE DEDAH SIMBOLIK NAMA JENAMA SENDIRI, THREE O’ TWO

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

#ALPHAMEN2021 MK K-CLIQUE

“ANUGERAH TERBESAR DARIPADA ALLAH” – MK K-CLIQUE KINI BERGELAR BAPA

Bacaan Lanjut
#ALPHAMEN2021 MK K-CLIQUE

MK K-CLIQUE BAKAL MENDIRIKAN RUMAH TANGGA JUMAAT INI?

Bacaan Lanjut

DEFINISI BEDAK ASAS BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut
#ALPHAMEN2021 MK K-CLIQUE

#ALPHAMEN2021 MK K-CLIQUE

Bacaan Lanjut
MK K-CLIQUE TERUJA MENANTIKAN KELAHIRAN CAHAYA MATA SULUNG

SUMBANG RM50,000 KEPADA GELANDANGAN, MK K-CLIQUE PERJELAS SALAH FAHAM

Bacaan Lanjut
MK K-CLIQUE DEDAH SIMBOLIK NAMA JENAMA SENDIRI, THREE O’ TWO

MK K-CLIQUE DEDAH SIMBOLIK NAMA JENAMA SENDIRI, THREE O’ TWO

Bacaan Lanjut