Skip to content

LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE

LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE

Kongsikan artikel ini

Marvel Cinematic Universe kembali dengan filem terbaru menggabungkan dua watak wira yang ikonik, Deadpool & Wolverine. 

Filem gabungan dua wira ikonik, Deadpool & Wolverine adalah sebuah filem superhero yang dikeluarkan pada 26 Julai 2024 yang lalu. Deadpool & Wolverine ialah berdasarkan watak-watak dalam komik Marvel dan diterbitkan oleh Marvel Studios, Maximum Effort, dan 21 Laps Entertainment. Ini merupakan  filem ke-34 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) dan sekuel kepada Deadpool (2016) serta Deadpool 2 (2018). Selain dari jalan cerita yang menarik dan kemunculan watak-watak ikonik seperti Johnny Storm dan dan Gambit, filem ini juga dipenuhi dengan runut bunyi yang tidak asing oleh kita. 

Deadpool & Wolverine

Runut Bunyi Mengambit Memori

  1.  “Bye Bye Bye” – NSYNC
  2. “Angel of the Morning” – Merrilee Rush
  3. “Glamorous” – Fergie
  4. “Iris” by Goo Goo Dolls
  5. “The Power of Love” – Huey Lewis and the News
  6. “The Lady in Red” – Chris de Burgh
  7. “I’m with You” – Avril Lavigne
  8. “The Greatest Show” – The Greatest Showman Cast
  9. “You’re the One That I Want” – John Travolta and Olivia Newton-John
  10. “I’ll Be Seeing You” – Jimmy Durante
  11. “Like a Prayer” – Madonna
  12. “Good Riddance (Time of Your Life)” – Green Day

Deadpool & Wolverine

Lagu “Bye Bye Bye” dari kumpulan NSYNC telah menjadi tular di aplikasi TikTok selepas muncul di dalam filem Deadpool & Wolverine dengan tariannya sekali. Lagu yang dilancarkan pada tahun 2000 ini dipersembahkan oleh Nick Pauley, seorang penari profesional di dalam filem itu. Pauley juga berkongsi tentang pengalamannya menguji bakat tanpa mengetahui watak yang bakal dimainkan olehnya di TikTok. 

@nickfpauley

Coincidence that i chose to wear red and black? 🤔

♬ original sound – nickfpauley

Selain lagu-lagu yang nostalgik ini, lagu baru juga diperkenalkan dalam filem ini. Stray Kids, kumpulan lelaki terkenal dari Korea Selatan melancarkan lagu “Slash” khas untuk dijadikan runut bunyi filem Deadpool & Wolverine. Stray Kids mempunyai hubungan persahabatan yang baik dengan watak utama filem itu, Ryan Reynolds dan Hugh Jackman. Kedua-dua aktor itu juga membuat kemunculan dalam muzik video terbaru Stray Kids berjudul “Chk Chk Boom”.

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILEM UNTUK DITONTONI DI PAWAGAM PADA BULAN JUN 2025

FILEM PATUT TONTON DI PAWAGAM PADA JUN 2025

Bacaan Lanjut
mission impossible the final reckoning

7 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG MISSION: IMPOSSIBLE – THE FINAL RECKONING YANG RAMAI TAK TAHU

Bacaan Lanjut
10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA

10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA

Bacaan Lanjut

5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS

Bacaan Lanjut

5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR

Bacaan Lanjut

TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA

Bacaan Lanjut