Skip to content

IMAGINE DRAGONS KEMBALI HIBURKAN PEMINAT DI MALAYSIA

IMAGINE DRAGONS KEMBALI HIBURKAN PEMINAT DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Berita baik buat peminat kumpulan pop rock dari Amerika Syarikat, Imagine Dragons!

Selepas enam tahun, kumpulan yang ditubuhkan pada 2008 ini akan menjejakkan kaki ke Malaysia sekali lagi untuk menjayakan konsert jelajah dunia.

Menerusi satu perkongsian di akaun Instagram Live Nation, Imagine Dragons akan membuat persinggahan di Kuala Lumpur sempena konsert LOOM World Tour. Persembahan akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 21 November 2024 bermula jam 8 malam.

Selain Malaysia, Imagine Dragons akan turut menghiburkan peminat Asia mereka di Thailand, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan Jepun.

konsert imagine dragons malaysia 2024

Foto: Instagram

Lagi Mengenai Konsert Imagine Dragons

Menurut laporan, konsert kali ini dinamakan sempena album baharu mereka berjudul LOOM yang dilancarkan pada 28 Jun 2024. Justeru tidak mustahil mereka akan mendendangkan lagu-lagu baru di konsert nanti termasuk Nice To Meet You, Wake Up, Take Me to The Beach dan Don’t Forget Me.

Jualan tiket akan dibuka kepada orang awam pada 16 Ogos bermula jam 11 pagi di laman web dan aplikasi Go Live Asia. Bagaimanapun terdapat jualan tiket lebih awal mengikut kategori.

Pra-jualan Artis dibuka pada 12 Ogos (12pm hingga 11.59pm) manakala Pra-jualan Mastercard pada 13 Ogos hingga 15 Ogos (11am hingga 11.59pm).

Untuk Pra-jualan Live Nation pula, anda perlu mendaftar sebagai ahli bagi mendapatkan akses. Tiket dijual pada 15 Ogos dari 12pm hingga 11.59pm. Setakat ini harga tiket dan peta kedudukan penonton masih belum dikongsikan kepada umum.

Foto: X

Ini bukanlah konsert pertama Imagine Dragons di Malaysia. Mereka membuat persembahan sulung menerusi konsert Evolve World Tour di Stadium Malawati Shah Alam pada 6 Januari 2018.

Kumpulan popular ini dianggotai oleh Dan Reynolds sebagai vokalis, Wayne Sermon (gitar) dan Ben McKee (bass). Dalam tempoh 16 tahun mereka telah mengeluarkan enam album dan menjual lebih 74 juta album serta lebih 160 juta strim.

 

Foto: Eric Ray Davidson

Pautan berkaitan: KONSERT MAHARDIKA SATUKAN MASDO, ELLA & SPIDER

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

25 LAGU YANG PALING LARIS SEPANJANG ZAMAN

25 LAGU YANG PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut

Imagine Dragons Tampil Dengan Dua Lagu Baharu Sejak 2018

Bacaan Lanjut

RAHSIA TRANSFORMASI TUBUH DAN REYNOLDS, PENYANYI UTAMA IMAGINE DRAGONS

Bacaan Lanjut