RAHSIA TRANSFORMASI TUBUH DAN REYNOLDS, PENYANYI UTAMA IMAGINE DRAGONS
Baru-baru ini ramai yang bercakap tentang transformasi tubuh penyanyi utama kumpulan ternama, Imagine Dragons yang nyata menakjubkan! Adakah beliau kini terlibat dengan pengambaraan filem sehingga ‘memaksanya’ untuk mempunyai tubuh persis Chris Evans dalam Captain America. Apparently yeah!

Jelasnya dalam temu bual menerusi Men’s Journal, dia sewajarnya memiliki tubuh tersebut kerana ingin tampak segak di sisi pelakon aksi, Dolph Lundrgen menerusi muzik video terbaru mereka, Believer. Manakan tidak, dari tubuh biasa-biasa, kini tegap dan memiliki six-packs sehingga tular di laman sosial. Apa rahsianya?

DIET
Dua bulan sebelum pengambaran: 2,900 kalori sehari, 175 gram karbohidrat, 220 gram protein, 120 gram lemak.
Diet 1: oat, 2 sudu mentega kacang, 4 biji telur, 2 sudu minyak zaitun, 1 sudu sayur.
Diet 2: 2 sudu serbuk protein, 1 cawan buah, 1 cawan susu badam, 1 cawan air.
Diet 3: 6 oz ubi keledek / separuh cawan beras, 1 cawan sayuran, 8 oz ayam dada.
Diet 4: 6 oz kentang manis / separuh cawan beras, 7 oz ayam atau stik.
Diet 5: 2 kek beras, 2 sudu mentega kacang.

BERSENAM
Dua bulan sebelum pengambaran, Reynolds melakukan tiga set 8 hingga 15 reps bagi setiap pergerakan di bawah ini, kecuali untuk pergerakan Olimpik, yang berada di kitaran 3 hingga 5 reps. Untuk bulan kedua, 15 atau lebih untuk setiap pergerakan (10 untuk gerakan Olimpik), lebih fokus pada bahagian atas badan. Selain itu, Reynolds juga mengamalkan rutin bertinju. Latihan mingguannya kemudian diteruskan dengan mengangkat bebanan, dua hari dengan bertinju, dan satu hari untuk yoga. Dan ini pula cara bagaimana dia menghabiskan waktunya dengan mengangkat bebanan berat:
Hari 1: Latihan Olimpik: Snatches, pulls up
Hari 2: Dada dan kaki: bench press, incline bench press, tekan dumbbell, squats depan, squats belakang, tekan bahu.
Hari 3: Pull exercise (Latihan tarik): Deadlifts Romania, deadlifts, rows.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.











