Skip to content

Luminox Malaysia

KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA

Kongsikan artikel ini

Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.

Jenama jam tangan asal dengan sinar kilauan berkuasa sendiri, Luminox bakal meraikan kegemilangan ulang tahun yang ke-35 tahun ini. Dalam mengangkat legasi dalam seni pembuatan jam tangan, Luminox memperkenalkan koleksi jam tangan istimewa Luminox 35th Anniversary Heritage Collection terbaharu. GL Gang, Iyzdham AngKimHwa turut meraikan koleksi terbaharu ini dengan menggunakan tiga jam tangan ini untuk kembara kecergasan GL Fitness yang tersendiri.

iyzdham

Luminox 35th Anniversary Heritage Collection memberikan penghormatan kepada hubungan bersama dunia ketenteraan dan warisan dalam pengembaraan penuh cabaran. Jenama jam tangan Swiss-Made ini juga menghargai perjalanan sejarah serta koleksi arloji yang terus sinonim dengan pasukan elit dan atlet sukan di seluruh dunia. Setiap jam tangan ini merupakan evolusi kepada rekaan model hero sebelum ini yang mewakili tiga sempadan dalam dunia ketenteraan iaitu: laut, udara dan darat.

Berikut adalah 3 jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang digunakan oleh GL Gang, Iyzdham AngKimHwa dalam kembara kecergasannya:

Laut – Luminox Navy SEAL Original 3001 Heritage

Kembara kecergasan Iyzdham dan Luminox bermula di luatan. Luminox Navy SEAL Original 3001 Heritage merupakan model yang diberi nafas baharu daripada jam tangan Luminox asal pada 1994. Ia menampilkan warna merah, angka “30” pada bezel ini mewakili tiga dekad sejak Original Navy SEAL 300 pertama dilancarkan.

Jarum kedua yang disuntik dengan mata anak panah berwarna merah pula dapat memudahkan pembacaaan waktu pada permukaan muka jam. Muka jam tangan ini diperbuat daripada kaca nilam. Jam ini menampilkan kualiti gerakan yang dipertingkatkan  dengan gerakan ETA quarza Swiss. Turut menggunakan bezel daripada keluli tahan karat, yang menjadi simbol dengan pencapaian dalam penghasialan jam tangan yang berkuasa dan tegap.

Udara – Luminox F-117 Nighthawk x Skunk Works 6440 Heritage

Memulakan penerbangan tinggi ke angkasa, Luminox melancarkan model juruterbang perdana iaitu F-117 Nighthawk x Skunk Works 6440 Heritage. Diinspirasikan daripada jururterbang yang membawa jet pejuang, dan pertama dihasilkan sejak 25 tahun yang lalu. Jam tangan ‘udara’ ini menggabungkan reka bentuk ikonik bersama inovasi ‘Skunk Works®’.

Logo Skunk Works® yang terdapat pada dial jam 6 samar-samar kelihatan pada waktu siang. Tetapi, ia akan bercahaya terang dengan Super-LumiNova® pada waktu malam yang memberikan penghormatan kepada inovasi dan solusi teknologi penerbangan terunggul. Urutan nombor pada dial dan bezel jam pula membenarkan pembacaan waktu dalam dua zon waktu yang berbeza. Ini untuk memastikan jam tangan ini menjadi sahabat sejati bukan hanya kepada juruterbang. Tetapi buat semua pengembara yang sukakan cabaran yang luar biasa. Logo Skunk Works® juga boleh didapati pada bahagian belakang jam tangan.

Darat – Luminox RECON Point Man 8820 Heritage

Puncak kembara kecergasan buat Izydham AngKimHwa berakhir di daratan dengan model Luminox RECON Point Man 8820 Heritage. Jam tangan ‘darat’ yang sofistikated ini bertindak dengan navigasi mudah dan efisien buat anggota tentera dan pengembara cabaran untuk rentasan yang berbeza. Edisi baharu ini juga diubah suai dalam memberikan penghormatan kepada unit recon di barisan hadapan.

Jam tangan ini menampilkan titik cardinal pada bahagian dalam bezel, takimeter untuk mengukur kelajuan ketika berjalan, serta penanda kilometer (KM) dan batu (MI) pada dial. Fungsi Point Man ini mampu untuk memberikan kuasa kepada pengembara untuk mendapatan ketepan dan keyakinan dalam setiap pengembaraan.

 

Luminox Heritage Collection

Setiap koleksi jam tangan Luminox terkenal dengan fungsi yang sentiasa terang, tahan lasak, berkuasa dan tepat. Lantas menjadi jam tangan pilihan ikon seperti Bear Grylls, The Icelandic Association for Search and Rescue (ICE-SAR), juruterbang pejuang, pasukan tentera dan penyelam profesional di seluruh dunia.

Koleksi Luminox 35th Anniversary Heritage Collection boleh didapati di sini.

 

Baca lebih lanjut: “SAYA SANGAT SUKA DENGAN MISTIK” – IYZDHAM ANGKIMHWA #GLBLACKWHITESERIES

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut
Iyzdham

“SAYA SANGAT SUKA DENGAN MISTIK” – IYZDHAM ANGKIMHWA #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut
Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut
Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut