“IA BUKAN LAGI TENTANG SAYA” – DATUK AZIZULHASNI AWANG UMUM BERSARA
Olimpik Paris 2024 menyaksikan semangat jitu Datuk Azizulhasni Awang untuk membawa pulang pingat emas pertama Malaysia.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi. Hasratnya lebur apabila disingkirkan daripada saringan pertama keirin lelaki selepas penyertaannya dibatalkan. Alasannya, dia memintas pacer terlalu awal pada aksi di Velodrom Saint Quentin-en-Yvenline.
Pada tanggal 11 Ogos, legenda trek berbasikal negara ini mengumumkan persaraannya daripada arena sukan menerusi satu perkongsian di Instagram.
Dalam penjelasan di ruangan kapsyen, pelumba yang terkenal dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’ ini menyerahkan baton kepada rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk meneruskan legasinya.
“Saya berharap Shah akan terus bekerja keras untuk meningkatkan prestasi dari masa ke semasa untuk kekal cemerlang di peringkat antarabangsa.
“Paling penting adalah menggunakan empat tahun dari sekarang sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri ke temasya LA2028. Mungkin bunyinya terlalu awal tetapi itulah realitinya apabila kita bergelumang di peringkat tertinggi ini,” tulisnya.
Datuk Azizulhasni Awang Mahu Legasi Diteruskan
Sebelum membuat pengumuman di Instagram, Azizul sudah pun bercakap mengenai perancangannya untuk bersara dalam satu temu bual bersama Astro Arena di Velodrom Saint Quentin-en-Yvenline.
“Shah Firdaus akan meneruskan legasi saya. Ia bukan lagi tentang saya. Saya harap peminat akan berhenti bercakap mengenai saya, ia bukan lagi tentang saya.
“Ia tentang kita menyokong dia (Shah Firdaus) dan generasi baru itu. Apa sahaja yang mereka perlukan bantuan saya, saya akan sentiasa berada di sana untuk mereka.
“Saya tidak risau untuk berundur, memang saya akan berundur kerana kita ada Shah Firdaus. Melihat perlumbaannya tadi pun memang saya amat kagum. Saya gembira untuknya,” katanya selepas melihat aksi Shah yang hampir memenangi pingat gangsa dalam acara keirin lelaki akhir.
Walaupun tidak berjaya memenangi pingat emas, Azizul telah berkali-kali mengharumkan nama Malaysia di peringat antarabangsa. Pada Sukan Olimpik, dia membawa pulang pingat perak pada temasya Tokyo 2020 dan gangsa pada temasya Rio 2016. Pencapaian yang amat luar biasa dan membanggakan!
Foto: Kosmo
Pautan berkaitan: AZIZULHASNI AWANG CIPTA REKOD BARU DI OLIMPIK PARIS 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AZIZULHASNI AWANG CIPTA REKOD BARU DI OLIMPIK PARIS 2024
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus menerus melakar kejayaan luar biasa di persada antarabangsa.
DATUK AZIZULHASNI AWANG MENGUKUHKAN REPUTASI SEBAGAI RAJA KEIRIN ASIA
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencipta legasi tersendiri apabila meraih pingat ke-12 di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023.
DATUK AZIZULHASNI AWANG CUBA HALUAN KERJAYA BAHARU
Setelah membawa pulang pingat perak pada temasya Olimpik Tokyo 2020 lalu, Azizulhasni bakal berkongsi ilmu dan pengalamannya kepada rakyat Malaysia pula.
DATUK AZIZULHASNI AWANG MELAKAR SEJARAH SEKALI LAGI
Sejak melibatkan diri dalam sukan berbasikal sedekad lalu, Datuk Azizulhasni Awang tidak henti-henti mencatat sejarah dan mencipta rekod peribadi.
DI SEBALIK TANGISAN KEGEMBIRAAN RAJA PECUT NEGARA, DATUK AZIZULHASNI AWANG
Satu pencapaian luar biasa untuk Malaysia, namun dia terkilan kerana impian untuk menggenggam pingat emas di Olimpik Tokyo tidak kesampaian.
AZIZULHASNI AWANG DIKURNIA GELARAN DATUK
Azizulhasni dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati yang membawa gelaran Datuk semalam.