5 SEBAB BERSENAM DI GIM LEBIH BAGUS DARI SEKS
Bersenam di gim lebih bagus dari seks! Kenapa kami di Glam Lelaki yakin dan cukup bersetuju dengan kenyataan ini? Sudah pasti atas beberapa faktor dan yakinilah, si dia iaitu pasangan anda pun pastinya bersetuju. GL senaraikan 5 sebab kenapa melakukan workout dan membakar lemak di gim lebih bagus dari melakukan seks bersama pasangan. Are you guys ready?

1. Senaman buat anda ‘tahan lebih lama’
Ya, ejakulasi pramatang adalah musuh utama buat lelaki apabila berada di atas kamar bersama pasangan. Namun, ada caranya bagi mengurangkan kesan tersebut. Sudah pasti dengan melakukan senaman di gim. Berdasarkan American Journal of Physiology, senaman seperti HIIT (High Intensity Interval Training ) selama 20 minit seperti larian atas treadmil mahupun berbasikal selama 10 minit ternyata membantu mengurangkan risiko ejakulasi pramatang sebanyak 20%. Stamina anda pasti akan meningkat, pengaliran darah lebih lancar. begitu jua prestasi ereksi anda di atas katil.
2. Senaman jadikan anda lebih menawan
Sudah pasti apabila anda banyak bersenam di gim, tubuh anda kelihatan lebih tegap, kurus dan lean. Jadi apa alasan untuk si dia tidak mahu melakukan seks dengan anda apabila anda pulang dari gim. Dengan sokongan kajian dari Social Psychological & Personality Science yang menyatakan wanita lebih tertarik secara seksual dengan lelaki yang berotot berbanding mereka yang gempal, sudah pasti berada di gim menjadi satu keutamaan.

3. Senaman beri anda kekuatan dan stamina
Variasi posisi yang baru pasti menambahkan rasa dalam hubungan seks anda bersama pasangan. Bayangkan, posisi yang memerlukan anda untuk menggunakan stamina, pasti sukar jika anda tidak aktif di gim. Posisi seks adakalanya memerlukan kekuatan fizikal dan fleksibiliti (if you know what we mean), dan senaman di gim adalah salah satu caranya. Dengan itu, anda pasti berupaya untuk memuaskan pasangan anda.
4. Senaman berikan anda keyakinan
Berdasarkan kajian Webster University, lelaki yang aktif di gim akan memicu tahap keyakinan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak aktif. Malah, apabila anda yakin dengan tubuh anda khususnya, sudah pasti tahap keyakinan anda sama apabila bersama dengan si dia. Jauh di sudut hati anda, anda pasti dan mampu untuk memberikan apa yang si dia nak di atas kamar.
5. Senaman beri lebih banyak seks
Kenapa anda perlu kekal aktif di gim? Kerana dengan pergi ke gim, anda akan dapat lebih banyak seks. Ya, ini disokong dengan kajian dari California-San Diego Universiti dimana mereka yang aktif di gim, organisma mereka akan lebih terangsang malah mudah sekali untuk mendapat ‘ganjaran’ seks dari pasangan anda.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.










