Skip to content

Haruman Chanel

WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF

Kongsikan artikel ini

Jenama fesyen CHANEL memperkenalkan koleksi wangian terbaru mereka, Allure Homme Sport Superleggera khas buat para jejaka.

Terinspirasi oleh minat mendalam Chanel terhadap wangian memukau sepanjang zaman, jenama fesyen terkenal di dunia ini menampilkan haruman ikonik edisi terhad “Allure Homme Sport Superleggera”. Dengan menyuntik semangat baru ke dalam rangkaian Allure Homme Sport, wangian ini menampilkan elemen Allure In Motion yang menunjukkan pusaran hidup dan sensual yang menangkap inspirasi lelaki dinamik menghadapi setiap cabaran dengan penuh dedikasi dan keberanian.

Mempunyai karakteristik pesona dalam gerakan, aroma wangian ini berpadukan kesentuhan langit dan bumi, angin segar dengan aksen kayu ambar merayakan kontras, menangkap pertembungan yang sukar digambarkan antara kelembutan dan intensiti, membawa pengalaman yang paling menggembirakan. Dalam setiap semburan mencerminkan keberanian, kelajuan, dan maskulin yang berterusan.

CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA: WANGIAN KEBERANIAN DAN KEANGGUNAN

SUPERLEGGERA, MEMIKAT DALAM KELAJUAN TERTINGGI

Haruman Chanel

Foto: CHANEL

Allure Homme Sport Super Superleggera menawarkan kekuatan tenaga yang maksimum bagi lelaki yang menghadapi cabaran dengan semangat dan keteguhan. Mengubah setiap detik menjadi pengalaman yang luar biasa dan penuh dengan pengembaraan. Keberanian ini diwakili oleh logo CHANEL dalam warna merah yang terukir pada botol, Superleggera. Lambang prestasi dan kecemerlangan ini memberikan dorongan yang hampir dengan semangat kepimpinan. Memberi bayangan seolah-olah melangkah ke trajektori terakhir: merentas, berlari, dan melangkah ke masa hadapan.

PUTARAN DERIA BAU BERKUASA TINGGI

CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA

Foto: CHANEL

CHANEL Allure Homme Sport Superleggera memberi nota bau buah yang segar dan berkilauan, meneroka keaktifan penuh daripada sentuhan aroma limau gedang. Pada masa yang sama, aura sitrus ini mempunyai kombinasi lapisan nada kayu ambar. Nota-nota yang  penuh perspektif ini menonjolkan kedalaman dan kepadatan koktel yang menaikkan hidup. Kekuatan nota musk menguatkan intensiti alkimia yang belum pernah berlaku, dalam keseimbangan ketepatan yang kekal dan diselaraskan dengan sempurna.
Diinspirasikan stail kod visual sukan, reka bentuk wangian ikonik ini telah digantikan dengan kaca botol yang bewarna asap kelabu yang jernih. Tidak dilupakan bersama penutup yang mempunyai tekstur getah hitam yang dihiasi dengan cincin logam logo CHANEL dan font bewarna merah pada botol kaca. Struktur yang padat dan tepat ini menunjukkan daya tarikan sporty tambahan yang disuntik dalam komposisi baru ini.
Haruman Chanel

Foto: CHANEL

Wangian terbaru daripada CHANEL ini akan dilancarkan di setiap butik kecantikan CHANEL mulai 3 SEPTEMBER 2024. Jangan lepaskan peluang untuk merasai keistimewaannya!

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI 'FAHSIONISTA' TEMPATAN

LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN

Bacaan Lanjut
LANGKAH BRGAYA 2026: KOLEKSI KASUT LELAKI PALING 'HOT' MUSIM INI

LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI

Bacaan Lanjut
5 LUBUK TEMPAH 'SUIT' CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR.

5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut