TOP 10 LAGU HITS HAEL HUSAINI MENUSUK JIWA
Temui 10 lagu terbaik Hael Husaini yang wajib didengari, termasuk hits popular yang pasti akan memukau pendengar dan melengkapi playlist anda.
Baru-baru ini Hael Husaini yang menjadi wajah Glam Lelaki bulan September,mempamerkan sisi maskulin dan elegan yang melambangkan keperibadian seorang bintang. Hael Husaini, atau nama sebenarnya Hael Husaini Razmi lahir 10 Disember 1988, adalah penyanyi, komposer, dan pelakon terkenal Malaysia. Beliau mula mencipta nama sebagai penyanyi solo pada 2017 melalui hit “Jampi” dan telah merangkul Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) dua kali berturut-turut pada 2018 dan 2019.
GLAM Lelaki akan membawa anda lagu-lagu Hael Husaini yang pasti pasti memukau telinga. Dari balada penuh emosi hingga rentak yang mempesona.
LAGU TERBAIK HAEL HUSAINI YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST ANDA
1.JAMPI
“Jampi” merupakan single debut solo Hael Husaini yang dilancarkan pada 10 Mac 2017 di iTunes, dengan video liriknya dimuat naik lebih awal di YouTube Astro Gempak pada 10 Februari 2017. Ditulis oleh Hael bersama Ezra Kong, lagu ini menandakan langkah pertama beliau sebagai artis solo selepas pengunduran dari kumpulan Azhael pada Februari 2017. Single ini segera mencuri perhatian dan menjadi titik tolak kejayaan dalam karier muzik Hael.
2.HARAM
Lagu ini merupakan gandingan bersama Dayang Nurfaizah dan menempatkan lagu ini sebagai Juara AJL Ke-33. Kejayaan “Haram” bukan sahaja terletak pada melodinya yang memikat, tetapi juga pada temanya yang kontroversial, memperkatakan cinta terlarang yang tidak boleh diungkapkan secara terang-terangan.
Selain itu, komposisi muzik yang inovatif menjadi faktor utama yang diakui ketua juri, Azmeer, yang menyatakan bahawa “Haram” menepati semua kriteria dari segi susunan dan penghasilan, menjadikannya salah satu lagu yang paling menonjol dalam senarai finalis AJL.
3.DIAM
Lagu berjudul “Diam” ini menampilkan lirik yang begitu ikonik dan terkenal seperti perkataan ‘celaka’. Barisan lirik yang penuh emosi dan mendalam ini berjaya menyentuh hati pendengar, menjadikannya sebuah karya yang sukar dilupakan
4.HARI INI
Lirik ini menggambarkan momen penuh makna dalam sebuah pernikahan, di mana seorang lelaki mengungkapkan perasaan cinta dan komitmennya kepada wanita yang kini menjadi isterinya. Liriknya mengisahkan tentang janji yang dibuat pada hari yang istimewa, di mana mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri, dan harapan agar cinta mereka kekal abadi sepanjang hayat.
Kata-kata dalam lirik ini menekankan keikhlasan, kebersamaan, dan kesetiaan dalam melangkah bersama dalam kehidupan perkahwinan.
5.LARA
Pada tahun 2020, Hael telah berganding bersama dua penyanyi hebat iaitu Haqiem Rusli dan juga Naim Daniel. Lagu ini digubal oleh Hael sendiri bersama rakan komposernya MFMF. Ini turut mendapat sentuhan daripada Haqiem Rusli dan Naim Daniel.
6.SETIA
Lirik ini adalah tentang patriotisme, kesetiaan, dan pengabdian kepada negara, raja, dan rakyat. Ia menekankan semangat untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi dan ketaatan, serta rela berkorban demi menjaga amanah bangsa dan tanah air. Lirik ini juga menekankan ikrar untuk setia kepada agama, bangsa, dan negara. Semangat nasionalisme dan pengorbanan demi kepentingan negara jelas terserlah dalam lirik ini.
7.HARI INI
Pada tahun 2019, lagi sekali gandingan suara hebat Dayang Nurfaizah bersama Hael memukau penonton. Lirik ini adalah tentang momen istimewa dalam kehidupan seorang lelaki yang mengucapkan cinta dan janji kepada wanita yang menjadi isterinya pada hari pernikahan mereka.
Ia menggambarkan perasaan cinta yang mendalam dan janji untuk setia bersama sepanjang hidup. Setiap bait menekankan keindahan dan keabadian cinta, dengan harapan agar ikatan mereka kekal selamanya. Lagu ini juga menyerlahkan rasa syukur dan kebahagiaan seorang lelaki yang kini telah memiliki wanita yang dikasihinya, serta ikrar untuk melangkah bersama sebagai suami isteri hingga ke hujung usia.
8.KELENTANG-KELENTONG
Pada tahun ini 2024, Hael tampil dengan single baharunya bertajuk ‘Kelentang-kelentong’. Uniknya tentang lagu ini Hael sendir mengatakan lagu ini diinspirasikan daripada bunyi ketukan kuali. Dia juga mengatakan ketika dia menyertai sebuah rancangan di Indonesia, dia diminta menyanyi secara spontan tentang kuali.
9.GURINDAM JIWA
Lagu klasik “Gurindam Jiwa,” ini telah diperkenalkan pada tahun 1965 oleh R. Ismail dan Rafeah Buang Liriknya yang penuh budi pekerti mengekspresikan cinta dan perasaan dengan kelembutan dan hormat. Pada tahun 2021, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah telah memberikan nafas baru kepada lagu ini, mengekalkan keindahan asalnya sambil memperkenalkan kepada generasi muda.
10.HAJAT
Ketika lagu ini dilacanrkan, dalam masa 3 minggu sahaja muzik video (MV) “Hajat” di YouTube telah mencapai lebih 3 juta tontonan. Dalam muzik video ini, menampilkan pelakon seperti Sherry Alhadad, Dottie, dan selebriti terkenal dari Thailand, Happy Polla.
Pautan Berkaitan: SYAFIQ KYLE: MENGGENGAM KEBERANIAN DALAM FILEM TAKLUK LAHAD DATU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA HAEL HUSAINI
Pelantun lagu ‘Diam’ ini nekad menjadi diri sendiri sebagai seorang anak seni bersifat asli. Padanya, era baru itu ialah sebuah kesempatan yang telah ditakdirkan Tuhan.
#NEWERA, HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL
Magis edisi kali ini, Glam Lelaki membuka lembaran baru dalam naskhah dunia fesyen dan gaya lelaki alfa masa kini, mempersembahkan ‘NEW ERA’ - menampilkan penyanyi, Hael Husaini (35), pelakon, Mierul Aiman (26) dan pempengaruh, Amirul Daniel (25).
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
AMIR MASDI MEMBAWA WARNA BARU LAGU KEBANGSAAN 2024
Menjelang Hari Kemerdekaan 2024, Amir Masdi dipilih untuk memberi nafas baru kepada lagu kebangsaan, “MADANI Jiwa Merdeka”. Menjelang Hari Kebangsaan 2024, lagu tema berjudul “MADANI Jiwa Merdeka” menjadi pilihan utama untuk mengiringi sambutan penuh patriotik tahun ini. Hasil karya komposer muda berbakat, Affan Mazlan, lagu ini telah dipilih oleh Jawatankuasa Penerbitan Lagu Merdeka yang diketuai…
60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear SS25 di kota Milan dan Paris kali ini?
TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Barisan selebriti dan pempengaruh media sosial telah hadir untuk memeriahkan #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 tahun ini dengan meriah. Bertemakan 'Mismatched Chaos', para tetamu yang hadir telah menunjukkan penampilan dan gaya yang unik.