STAIL PASANGAN SELEBRITI TERBAIK DI EMMY AWARDS 2024
Primetime Emmy Awards ke-76 yang berlangsung pada 16 September 2024 di Peacock Theater, Downtown Los Angeles meriah dengan kehadiran para selebriti dan jemputan ternama.
Anugerah berprestij ini memberi penghormatan kepada produksi dan persembahan terbaik dalam televisyen dari 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024. Barisan pemenang dipilih oleh Academy of Television Arts & Sciences.
Acara paling mencuri perhatian tentunya kemunculan ikonik bintang Hollywood di karpet merah. Sebelum majlis berlangsung, senarai selebriti kelas-A muncul dalam persalinan memukau mata daripada pereka ternama.
Seperti yang sudah dijangka, warna selamat mendominasi gaya karpet merah selebriti lelaki. Aktor terkenal seperti Andrew Scott, Jeremy Allen White dan Taylor Zakhar Perez kelihatan segak dan tampan dalam sut rona hitam.
Bagaimanapun ada juga yang menggayakan elemen berani di permaidani merah. Chris Perfetti menyarung kemeja labuh jarang bersama ropol sarat di bahagian dada. Celana rona hitam menyempurnakan gayanya. Aaron Moten pula menyerlah dalam persalinan berwarna merah terang.
Selebriti wanita juga tidak kalah bergaya dalam persalinan seksi dan berkilauan. Jennifer Aniston, Dakota Fanning dan Selena Gomez kelihatan cukup anggun dalam gaun feminin menawan. Selain penampilan individu, gaya power couple turut memukau pandangan.
Lihat gaya berpasangan yang mencuri perhatian di Emmy Awards 2024
Robert Downey Jr. & Susan Downey
Idris Elba & Sabrina Dhowre
Saoirse Ronan & Jack Lowden
Rita Ora & Taika Waititi
Jon Hamm & Anna Osceola
Billy Crudup & Naomi Watts
Viola Davis & Julius Tennon
Michael Angarano & Maya Erskine
Nakata Kurumi & Tadanobu Asano
Walton Goggins & Nadia Conners
Liza Colón-Zayas & David Zayas
Catherine O’Hara & Bo Welch
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: GAYA PASANGAN SELEBRITI DI FESTIVAL FILEM VENICE 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024
Walaupun Academy Museum Gala baru setahun jagung dalam kalendar filem dan fesyen, ia sentiasa menyajikan momen karpet merah hangat dan mencuri perhatian. Tahun itu tidak terkecuali.
JUSTIN THEROUX LAMAR KEKASIH DENGAN CINCIN BERNILAI SENTIMENTAL
Tanda pertunangan itu menampilkan berlian 4-karat berpotongan zamrud yang disemat pada cincin platinum bertatahkan emas kuning 18-karat.
PENAMPILAN KARPET MERAH PERTAMA BRAD PITT & INES DE RAMON SEBAGAI PASANGAN KEKASIH
Selepas cuba merahsiakan perhubungan cinta selama dua tahun, Brad Pitt secara rasminya memperkenalkan teman wanitanya kepada umum.
ED WESTWICK & AMY JACKSON DIRAI SEBAGAI SUAMI ISTERI DI ISTANA ITALI ABAD KE-16
Ed Westwick selamat disatukan dengan model dan pelakon, Amy Jackson dalam satu majlis indah yang berlangsung selama tiga hari di Amalfi Coast, Itali.
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA
Menjalin hubungan dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda atau lebih tua bukanlah satu perkara besar dalam dunia Hollywood.
HATI JASON MOMOA KINI MILIK AKTRES PUERTO RICO
Lima bulan selepas sah bercerai dengan Lisa Bonet, Jason Momoa memperkenalkan teman wanita barunya kepada peminat.