Skip to content

PUTERA HARRY TERIMA ‘HADIAH HARI LAHIR’ DARIPADA MENDIANG PERMAISURI ELIZABETH

PUTERA HARRY TERIMA ‘HADIAH HARI LAHIR’ DARIPADA MENDIANG PERMAISURI ELIZABETH

Kongsikan artikel ini

Kekayaan Putera Harry meningkat secara mendadak pada ulang tahun kelahirannya yang ke-40 baru-baru ini.

Menurut London Times, Duke of Sussex menerima lebih RM45 juta sempena hari jadinya pada 15 September lalu. Wang tersebut adalah dana amanah yang disimpan oleh moyangnya, Permaisuri Elizabeth Permaisuri Bonda pada 1994 sebagai hadiah buat dua cicitnya.

Menurut laporan, jumlah keseluruhan yang disimpan ketika itu adalah sekitar RM107 juta. Permaisuri Elizabeth meninggal dunia pada 2002 ketika berusia 102 tahun.

Foto: Getty Images

Putera Harry dan abangnya Putera Williams dilaporkan menuntut wang tersebut dalam dua ansuran iaitu pada ulang tahun ke-21 dan ke-40. Mereka menerima RM34 juta ketika mencapai usia 21 tahun dan RM45 juta pada usia 40 tahun.

“Sebuah tabung amanah ditubuhkan pada waktu itu. Ia adalah cara untuk Permaisuri Bonda menghadiahkan wang buat cicitnya apabila mereka sudah dewasa. Juga sebagai jalan mewariskan sebahagian harta pusakanya dengan cara efisien dan terjamin,” kata seorang bekas pembantu Istana Buckingham.

Hubungan Putera Harry & Kerabat Britain Semakin Pulih?

Bapa kepada dua cahaya mata itu meraikan ulang tahun ke-40 dengan menganjurkan sebuah parti bersama isterinya, Meghan Markle di kediaman mereka di Montecito, California.

Pada tarikh hari lahirnya, pengasas Invictus Games itu menerima ucapan istimewa daripada keluarganya iaitu Raja Charles, Putera William dan Puteri Kate Middleton di media sosial.

“Wishing The Duke of Sussex a very happy 40th birthday today!” tulis akaun X rasmi kerabat Diraja Britain yang diuruskan oleh pejabat Raja Charles di Istana Buckingham. Pasangan Wales menyiar semula mesej itu dengan ucapan, “Wishing a Happy 40th Birthday to The Duke of Sussex!”

hadiah hari lahir putera harry

Foto: The Independent

Ucapan hari lahir itu disertakan dengan foto Putera Harry sedang tersenyum kala melawat Dogpatch Labs di Dublin, Ireland pada 2018. Menurut The Post, putera itu turut menerima ucapan ulang tahun daripada saudara-maranya yang lain menerusi panggilan telefon.

Ucapan daripada Raja Charles ini adalah yang pertama dalam tempoh tiga tahun. Menurut penyumbang berita Diraja dari ABC News, Victoria Murphy, ia menunjukkan terdapat petanda baik bahawa hubungan anak-beranak itu semakin pulih.

Kali terakhir Putera Harry bertemu Raja Charles adalah pada Februari lalu, selepas mendapat tahu bapanya didiagnos menghidap kanser.

Dia turut kembali ke United Kingdom pada bulan Ogos untuk menghadiri upacara peringatan untuk bapa saudaranya Lord Robert Fellowes yang meninggal dunia pada 29 Julai 2024. Putera William turut menghadiri upacara tersebut bagaimanapun mereka dilaporkan tidak berinteraksi dengan satu sama lain.

 

Foto: Getty Images/AP

Pautan berkaitan: PUTERA HARRY ATASI REKOD DUNIA MILIK BARACK OBAMA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ISYARAT MANIS DARIPADA PUTERA WILLIAM BUAT ANAK PEREMPUANNYA, PUTERI CHARLOTTE

ISYARAT MANIS DARIPADA PUTERA WILLIAM BUAT ANAK PEREMPUANNYA, PUTERI CHARLOTTE

Bacaan Lanjut
ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM TIDAK PERNAH MENYARUNG CINCIN PERKAHWINAN

ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM TIDAK PERNAH MENYARUNG CINCIN PERKAHWINAN

Bacaan Lanjut
GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL

GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL

Bacaan Lanjut
10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN

10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN

Bacaan Lanjut
HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT

HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN

RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN

Bacaan Lanjut