6 SELEBRITI & KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MERUPAKAN RAKAN BAIK
Kehidupan kerabat Diraja bukan hanya tertumpu di dalam istana, tetapi juga memerlukan mereka bersosial dengan orang ramai termasuk selebriti di acara rasmi.
Disebabkan itu tidak menghairankan jika kerabat Diraja Britain mempunyai ramai kenalan dari kalangan selebriti. Malah ada juga yang boleh dianggap sebagai rakan karib.
Mendiang Puteri Diana menjalin persahabatan akrab dengan Elton John, yang kini kekal rapat dengan kedua puteranya, Putera William dan Harry. Pasangan Sussex pula mempunyai ramai kenalan dari kalangan selebriti di kawasan kejiranannya di Montecito, California, Amerika Syarikat.
Semak barisan selebriti yang menjalin hubungan erat dengan kerabat Diraja Britain
1. Elton John
Puteri Diana dan Elton bertemu buat kali pertama pada 1981 di sambutan ulang tahun kelahiran Putera Andrew dan menjadi rakan baik. Pada hari pengebumian Diana pada tahun 1997, Elton menyanyikan lagi Candle in the Wind. Dia membuat persembahan sama sekali lagi pada 2007 sempena konsert memperingati kemangkatannya.
Penyanyi itu menjalin hubungan yang baik dengan Putera William dan Putera Harry sehingga ke hari ini malah turut menghadiri majlis perkahwinan mereka.
2. David Beckham
David dan Victoria Beckham menjalin hubungan baik dengan kerabat Britain menerusi kehadiran mereka di pelbagai majlis rasmi selama bertahun-tahun. Keluarga mereka turut menghadiri majlis perkahwinan kedua-dua putera Britain dan pernah beberapa kali bertemu Ratu Elizabeth di Istana Buckingham.
Akui David, dia menganggap Putera William dan Harry sebagai rakan baik dan kekal berhubung dengan Harry setelah putera itu berundur daripada kehidupan Diraja.
3. George Clooney
Perhubungan antara George dan Putera Harry terjalin menerusi kerja-kerja amal. Pelakon itu merupakan pengasas bersama Not on Our Watch, sebuah organisasi yang bertujuan untuk meminimumkan pembunuhan beramai-ramai di Sudan. Juga Clooney Foundation For Justice yang diasaskan bersama isterinya Amal Alamuddin.
Putera Harry pula adalah pengasas bersama Sentebale. Ia merupakan badan amal yang memberi tumpuan kepada kesihatan mental dan kesejahteraan kanak-kanak yang dijangkiti HIV di Lesotho dan Botswana.
George dan isterinya menghadiri majlis perkahwinan Putera Harry pada Mei 2018. Beberapa bulan kemudian, mereka menjemput pasangan Diraja itu untuk menikmati percutian di Villa Oleandra, kediaman mewah 25 bilik milik pelakon itu di Lake Como, Itali.
Putera Harry dan isterinya diterbangkan ke destinasi menaiki jet peribadi pelakon itu sebelum diiring beberapa kenderaan keselamatan menuju ke Villa Oleandra.
4. Jay-Z & Beyonce
Pasangan ini merakamkan ucapan penerimaan Anugerah BRIT untuk kategori kumpulan antarabangsa terbaik di hadapan potret Meghan Markle, sama seperti di dalam video muzik Apesh*t di mana mereka berdiri di hadapan Mona Lisa. Beyonce turut berkongsi potret karya Tim O’Brien itu di Instagram pada Februari 2019 dan menyenaraikan Meghan di laman web miliknya sempena Black History Month.
5. Patrick J. Adams
Patrick yang merupakan pelakon gandingan Meghan Markle dalam Suits dilihat terus menyokong Duchess of Sussex apabila satu demi satu kontroversi melanda dirinya dan Putera Harry. Beberapa tahun lalu, Patrick menulis satu ciapan di Twitter yang menyelar layanan buruk pihak media Britain terhadap Meghan.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: PEMERINTAH DUBAI, SHEIKH MOHAMMED DIARAH BAYAR RM3.06 BILION KEPADA BEKAS ISTERI KEENAM
Tags
Artikel Yang Berkaitan
4 AKTOR YANG PERNAH DINOBAT SEXIEST MAN ALIVE SEBANYAK DUA KALI
Sejak diperkenalkan, lebih 35 lelaki telah dinamakan sebagai Sexiest Man Alive namun hanya empat pernah dinobat lebih daripada sekali.
KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 BOSS DI MILAN FASHION WEEK
BOSS kini tampil lebih berani untuk koleksi Musim Bunga/Panas 2025. Bertempat di Palazzo del Senato, Milan, tema "Out of Office".
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WOLFS
TCL Chinese Theater, Los Angeles menyaksikan kehadiran barisan pelakon dan tetamu untuk tayangan filem terbaru, Wolfs pada 19 September lalu.
5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG
Kebanyakan bintang lelaki Hollywood pernah memiliki rambut panjang sepanjang kerjaya mereka terutama pada tahun 80-an dan 90-an.
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA
Menjalin hubungan dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda atau lebih tua bukanlah satu perkara besar dalam dunia Hollywood.
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2024
Dari siri hangat, “Bridgerton” yang kembali dengan musim ketiga kepada rancangan realiti “Super Rich in Korea” yang menampilkan BamBam, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Mei 2024.