5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI
Mierul Aiman merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik namanya dalam industri lakonan dan fesyen di Malaysia.
Juara Hero Remaja tahun 2021 ini merupakan salah seorang dari jejaka yang menjadi wajah muka depan GLAM Lelaki pada bulan September. Mierul Aiman, seorang pelakon Malaysia yang digemari ramai ini baru sahaja mencecah umur 26 tahun. Lakonan Mierul yang versatil membuatkan dia salah seorang pelakon Malaysia yang mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan dan peragaan. GLAM Lelaki akan berkongsi 5 drama lakonan Mierul Aiman yang digemari ramai.
#1 Dari Mata Turun Ke Hati
Dari Mata Turun Ke Hati merupakan projek terbaru Mierul yang baru sahaja tamat ditayangkan pada 5 September yang lalu. Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Iris Sofea (lakonan Arabella Ellen), yang tidak mempunyai penglihatan yang sempurna. Di dgandingkan bersama seorang lelaki gangster jalanan bernama Jai Jerung (lakonan Mierul Aiman) yang suka melanggar undang-undang. Lakonan Mierul yang lucu membuatkan penonton tidak kering gusi menonton drama ini. Chemistry antara Mierul dan Iris sangat bagus membuatkan drama ini disukai ramai.
#2 Projek High Counsel
Dibintangi oleh Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim dan Daiyan Trisha, drama ini mengisahkan kisah gengsterisme dan buli dalam sebuah sekolah berasrama penuh diambil daripada inspirasi kisah benar. Mierul melakonkan watak Fakhri Ismet, adik kepada Naim Ismet (lakonan Nadhir Nasar). Dua beradik ini menyertai pertandingan tradisional yang dikenali sebagai “Pilihanraya”, yang dilaksanakan secara rahsia dan diawasi oleh “High Council” di sekolah mereka, KUDRAT. Projek High Council merupakan salah satu drama yang membawa nama Mierul Aiman naik dalam bidang lakonan.
#3 Dr Pontianak
Dr.Pontianak mengisahkan tentang Dr. Vivy (Kimberly Chuah), seorang pelatih perubatan berusia 26 tahun yang bangun pada suatu hari dengan kecederaan dan paku di belakang lehernya. Anehnya, dia mula mengidam darah. Watak Mierul di dalam drama ini ialah Dr. Adam, doktor senior kepada Dr. Vivy yang mengawasinya ketika latihan housemanshipnya. Drama komedi seram ini telah berjaya menarik perhatian di media sosial kerana jalan ceritanya yang unik dan lucu.
#4 W: Two Worlds
Drama yang diadaptasikan dari K-Drama ini menjadi tumpuan ramai kerana populariti drama ini dan pelakonnya. Dibintangi oleh pelakon hangat Malaysia seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Elizabeth Tan dan Mierul Aiman, drama ini juga mendapat sambutan hebat di Malaysia. Mierul memegang watak sebagai Ghazi, pengawal peribadi merangkap sahabat baik kepada watak utama, Aliff Hadi (lakonan Hun Haqeem). Khabarnya, Mierul berusaha membuat persiapan untuk melakonkan watak itu dengan lebih kerap ke gim untuk bersenam.
#5 Imam Instant Ustazah Scammer
Drama bersiri komedi ini dilakonkan oleh Mira Filzah, Hun Haqeem, Usop Wilcha, Qasrina Karim dan Mierul Aiman. Drama ini mengisahkan Effa (lakonan Mira Filzah) yang sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya lalu melarikan diri ke Kampung Ramadhan. Mierul memegang watak Ronaldo digandingkan bersama Qasrina Karim, sebagai Siti Siakap. Gandingan lucu mereka berdua membuat penonton tidak kering gusi ketika menonton drama ini.
Sebagai seorang yang aktif dalam bidang lakonan, hiburan dan fesyen, Mierul Aiman dikenali sebagai salah seorang pelakon muda yang versatil. Bakatnya membawa dirinya jauh lebih tinggi dalam industri yang dipilih olehnya ini. Selain dari bakatnya, Mierul juga seorang yang bijak. Dia merupakan graduan sarjana muda kejuruteraan mekanikal.
Pautan berkaitan: #NEWERA, HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI
Destinasi Eksperiensial Unik Coach Play APW bukan sekadar butik; ia adalah kedai konsep eksperiensial yang merangkumi seni kraftangan dan inovasi jenama Coach. Terinspirasi oleh semangat New York dan elemen gaya hidup moden Kuala Lumpur, Coach Play APW menghidangkan pengalaman visual dan interaktif yang meraikan warisan dan ekspresi seni—menjadikannya tempat yang wajib dikunjungi bagi pencinta fesyen…
SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL
Kunjungi pop-up YSL Beauty ‘Born to be Iconic’ dan temukan koleksi-koleksi produk grooming untuk anda eksplorasi. Salah satu produk terbaru yang hadir adalah MYSLF Le Parfum, haruman yang sempurna untuk anda yang ingin meningkatkan penampilan diri sambil berekspresi.
CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN
Ketahui cara mudah menjaga rambut beruban agar tampak lebih sihat dan elegan. Dapatkan tips tentang syampu, produk terbaik, dan gaya rambut
5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024
Paras rupa yang tampan dan menarik akan dilihat melalui gaya rambut seseorang yang menentukan aura mereka yang tersendiri.
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI
Secara skeptikalnya, lelaki sering dikatakan untuk tidak mencari sokongan kesihatan mental kerana norma budaya dan sosial.
10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI
Siapa sangka penggunaan mainan seks semakin diterima sebagai cara yang sah untuk meningkatkan kesihatan seksual dan kepuasan diri. Mainan seks bukan sahaja dicipta untuk wanita, lelaki juga dapat meraih banyak manfaat daripada penggunaannya. Berikut adalah 10 manfaat utama kesihatan menggunakan mainan seks untuk lelaki: 1. Meningkatkan Kesihatan Seksual Penggunaan mainan seks membantu lelaki lebih memahami…