Skip to content

5 SIRI WAJIB TONTON JIKA ANDA MEMINATI THE PERFECT COUPLE

5 SIRI WAJIB TONTON JIKA ANDA MEMINATI THE PERFECT COUPLE

Kongsikan artikel ini

Drama terbitan Netflix, The Perfect Couple memikat hati penonton dengan naratif pembunuhan misteri dan plot twist tidak dijangka.

Ia mengisahkan tentang seorang gadis biasa bernama Amelia yang bakal menjadi menantu kepada sebuah keluarga berada di Nantucket. Malang tidak berbau apabila terjadinya satu kematian yang menganggu perjalanan majlis perkahwinannya.

Nicole Kidman menerajui watak utama sebagai Greer Winbury, seorang pengarang terkenal dan isteri kepada Tag Winbury (Liev Schreiber). Anak mereka Benji (Billy Howle) bakal disatukan dengan teman wanitanya, Amelia (Eve Hewson) sebagai suami isteri.

Bagaimanapun pada lewat malam sebelum majlis berlangsung, rakan baik Amelia ditemui terdampar di tepi pantai dalam keadaan tidak bernyawa. Sekali gus menjadikan semua orang sebagai suspek.

Jika anda menikmati The Perfect Couple, tonton lima lagi naskah hebat dengan genre sama

 

1. Big Little Lies (2017)

5 SIRI WAJIB TONTON JIKA ANDA MEMINATI THE PERFET COUPLE

Dibintangi oleh: Nicole Kidman, Reese Witherspoon, Laura Dern, Meryl Streep, Shailene Woodley, Zoe Kravitz, Alexander Skasgard, Adam Scott

Sinopsis: Madeline, Celeste dan Jane merupakan tiga wanita muda kaya-raya yang tinggal di Monterey, California. Kehidupan mereka musnah apabila satu pembunuhan berlaku di bandar yang mereka diami, sekali gus membongkar situasi lebih rumit.

 

2. The White Lotus (2021)

5 SIRI WAJIB TONTON JIKA ANDA MEMINATI THE PERFET COUPLE

Dibintangi oleh: Jennifer Coolidge, Meghann Fahy, Theo James, Sydney Sweeney, Leo Woodall, Aubrey Plaza, Alexandra Daddario

Sinopsis: Satu percutian santai bertukar menjadi mimpi ngeri apabila rahsia gelap tentang tetamu dan kakitangan di sebuah pusat peranginan didedahkan.

 

3. The Undoing (2020)

Dibintangi oleh: Nicole Kidman, Hugh Grant, Matilda De Angelis, Donald Sutherland, Lily Rabe, Edgar Ramirez

Sinopsis: Grace, seorang ahli terapi yang tidak sabar mahu menerbitkan novel pertamanya menemui beberapa pendedahan mengejutkan dan mesti bertindak pantas untuk melindungi diri dan anak lelakinya.

 

4. Apples Never Fall (2024)

Dibintangi oleh: Jake Lacy, Annette Benning, Sam Neill, Alison Brie, Georgia Flood, Essie Randles

Sinopsis: Semua penduduk di West Palm Beach mengenali keluarga Delaney yang mengusahakan sebuah akademi tenis. Namun apabila Joy dan Stan bersara — dan apabila seorang wanita yang tercedera muncul di depan pintu rumah mereka — dunia mereka menjadi terbalik. Joy tiba-tiba hilang dan empat anaknya perlu mencari jalan untuk merungkai misteri tersebut.

 

5. Nine Perfect Strangers (2021)

Dibintangi oleh: Grace Van Patten, Nicole Kidman, Samara Weaving, Manny Jacinto, Bobby Cannavale, Melissa McCarthy, Luke Evans, Henry Golding

Sinopsis: Sembilan individu daripada latar belakang kehidupan berbeza berkumpul di sebuah pusat percutian kesihatan untuk berehat. Namun tanpa disangka pengarah pusat tersebut menyembunyikan banyak rahsia yang menggusarkan mereka.

 

Foto: Netflix

Pautan berkaitan: KENALI EVE HEWSON, AKTRES JELITA DALAM SIRI THE PERFECT COUPLE