Skip to content

PELAKON LEGENDA, DAME MAGGIE SMITH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR

PELAKON LEGENDA, DAME MAGGIE SMITH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR

Kongsikan artikel ini

Peminat Downtown Abbey dan Harry Potter pastinya berduka atas pemergian Dame Maggie Smith yang meninggal dunia pada 27 September lalu.

Berita pemergian aktres itu pada usia 90 tahun ketika menerima rawatan di hospital diumumkan oleh dua anak lelakinya, Chris Larkin dan Toby Stephens.

“Ibu kami baru saja pergi meninggalkan kami pada awal pagi 27 September. Kami bersyukur kerana dia menghembus nafas terakhir dalam keadaan tenang.

“Dia meninggalkan dua anak lelaki dan lima cucu yang ketika ini amat bersesih dengan berita kehilangan ibu dan nenek mereka yang sangat hebat,” kata mereka.

maggie smith meninggal dunia

Foto: Warner Bros. Pictures

Punca kematiannya tidak didedahkan namun pelakon Inggeris ini pernah disahkan menghidap penyakit Graves pada 1988 dan barah payudara pada 2007. Bagaimanapun mendiang disahkan pulih daripada kansernya pada 2009.

Hilangnya Sebutir Lagi Bintang Harry Potter, Maggie Smith

Pemergian Dame Maggie ke alam abadi berlaku genap setahun selepas Michael Gambon meninggal dunia pada usia 82 tahun. Aktor itu menghembuskan nafas terakhir pada 28 September 2023 disebabkan radang paru-paru.

Michael menggalas watak sebagai Pengetua Hogwarts, Profesor Albus Dumbledore dalam enam daripada lapan filem Harry Potter. Dame Maggie pula diberi tanggungjawab memainkan karakter Profesor Minerva McGonagall.

Alan Rickman yang terkenal dengan peranannya sebagai Profesor Snape juga telah hampir sedekad meninggalkan kita. Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun akibat kanser pankreas.

Foto: Mid-day

Selain tiga bintang ini, pelakon Harry Potter lain yang telah meninggal dunia termasuk Robbie Coltrane (Rubeus Hagrid), Richard Harris (Profesor Dumbledore dalam dua filem pertama), Richard Griffiths (Vernon Dursley) dan Robert Hardy (Corneluis Fudge).

 

Foto: Reuters

Pautan berkaitan: AKTOR HARRY POTTER, MICHAEL GAMBON MENINGGAL DUNIA PADA USIA 82 TAHUN