Skip to content

NETFLIX BAKAL TAMPIL DENGAN SIRI DOKUMENTARI SKANDAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

NETFLIX BAKAL TAMPIL DENGAN SIRI DOKUMENTARI SKANDAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

Kongsikan artikel ini

Sebuah siri dokumentari mengenai segala dakwaan yang dibuat terhadap Sean ‘Diddy’ Combs akan menemui penonton di Netflix.

Perkara itu dimaklumkan penerbit eksekutifnya iaitu penyanyi rap 50 Cent pada Disember tahun lalu dan disahkan oleh Netflix baru-baru ini. Dokumentari berjudul Diddy Do It? itu akan menerokai dakwaan pemerdagangan seks, pemerasan, serangan seksual dan penderaan yang dilakukan Diddy.

Awal September lalu, mogul rap berusia 55 tahun itu ditangkap dan didakwa atas tiga pertuduhan iaitu bersubahat untuk meragut, pemerdagangan seks secara paksa dan menyediakan pengangkutan untuk pelacuran.

dokumentari netflix sean diddy combs

Foto: X

Di luar mahkamah, peguamnya Marc Agnifilo menegaskan kepada pihak media bahawa Diddy sememangnya tidak bersalah.

“Encik Combs adalah seorang pejuang, dia akan melawan kes ini hingga ke saat akhir. Dia datang ke New York untuk membuktikan dia tidak bersalah. Dia tidak takut untuk berdepan dengan semua tuduhan,” katanya.

Diddy juga berdepan tuntutan saman sivil atas kes serangan seksual dan keganasan fizikal, di mana sesetengahnya bermula sejak tahun 90-an. Bagaimanapun dia menafikan segala salah laku jenayah.

Plot Dokumentari Sean ‘Diddy’ Combs

Dalam satu kenyataan kepada Variety, 50 Cents dan pengarah dokumentari, Alexandria Stapleton berkata, “Ini adalah kisah yang mempunyai impak kemanusiaan yang ketara. Ia adalah naratif kompleks yang merangkumi beberapa dekad, bukan setakat tajuk atau klip yang pernah dilihat sebelum ini.

“Kami kekal teguh dalam komitmen untuk memberi suara kepada mereka yang tidak bersuara dan mengemukakan perspektif yang sahih dan bernuansa. Walaupun dakwaan itu agak mengganggu, kami menggesa semua orang untuk ingat bahawa kisah Sean Combs bukanlah sepenuhnya kisah hip-hop dan budayanya.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan bahawa tindakan individu tidak membayangi sumbangan budaya yang lebih luas,” tambah mereka.

Siri dokumentari Diddy Do It? kini sedang dalam pembikinan dan tarikh siarannya masih belum didedahkan.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: 5 PENDEDAHAN MENGEJUTKAN DALAM DOKUMENTARI TERBARU NETFLIX, BECKHAM