Skip to content

AFGAN TUTUP TIRAI 2024 DENGAN KONSERT SOLO TERBESAR DI PULAU PINANG

AFGAN TUTUP TIRAI 2024 DENGAN KONSERT SOLO TERBESAR DI PULAU PINANG

Kongsikan artikel ini

Berita baik buat peminat setia penyanyi pujaan ramai dari seberang, Afgan.

Bintang berusia 35 tahun ini baru saja menghiburkan peminat menerusi konsert Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur pada 28 September lalu.

Konsert yang berlangsung di Megastar Arena, Sungei Wang Plaza itu mendapat sambutan luar biasa daripada lebih 3,300 hadirin. Kelunakan suara dan keserasian kedua-dua bintang ini berjaya menambat hati peminat.

Selain menyanyikan lagu duet berjudul Ada, Afgan turut mempersembahkan beberapa karya agungnya seperti Terima Kasih Cinta, Bawalah Cintaku dan Jodoh Pasti Bertemu. Lyodra juga menghiburkan penonton dengan lagu popular termasuk Pesan Terakhir, Terlalu Cinta Dan Tak Dianggap.

Dan istimewanya selepas tiga bulan, Afgan akan kembali ke Malaysia untuk menghiburkan peminat di Pulau Pinang pula.

Afgan Live In Penang 2024

Foto: OhMyMedia

Mengenai Konsert Afgan Live In Penang 2024

Persembahan mega ini menandakan konsert solo pertama penyanyi bersuara merdu itu di Pulau Pinang. Dianjurkan oleh Strategy X Entertainment dengan sokongan Tourism Malaysia, ia bakal berlangsung pada 28 Disember di Setia Spice Arena.

Jika sebelum ini peminat disajikan dengan lagu-lagu romantis, kali ini Afgan akan membawakan konsert yang bakal memukau hadirin dengan kehangatan, karisma dan karya-karya terbarunya. Menurutnya, dia akan menyanyikan sekitar 25 buah lagu.

“Saya sangat teruja untuk mempersembahkan beberapa lagu baru yang belum pernah saya nyanyikan di Malaysia. Saya harap penonton akan merasakan energi sama seperti yang saya rasakan,” katanya.

konsert afgan pulau pinang, afgan live in penang

Foto: Suara.TV

Tiket dijual dengan harga berpatutan dari RM138 hingga RM388. Sekali gus membeli peluang kepada peminat dari pelbagai latar belakang untuk menikmati konsert tersebut. Ia boleh didapati di Ticket2U bermula 1 Oktober 2024.

 

Foto: Facebook

Pautan berkaitan: N.FLYING BAKAL HIBURKAN PEMINAT MENERUSI KONSERT SULUNG DI MALAYSIA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

afgan

TOP 10 LAGU HITS AFGAN YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST

Bacaan Lanjut

AFGAN IS GLAM LELAKI OCTOBER’S COVER STAR!

Bacaan Lanjut
KLFW 2024

5 DETIK TERBAIK SEPANJANG KLFW 2024

Bacaan Lanjut
AFGAN & LYODRA BAKAL HIBURKAN PEMINAT DI KUALA LUMPUR

AFGAN & LYODRA BAKAL HIBURKAN PEMINAT DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
SELEPAS AFGAN, IRWANSYAH PULA DISAHKAN POSITIF COVID-19

SELEPAS AFGAN, IRWANSYAH PULA DISAHKAN POSITIF COVID-19

Bacaan Lanjut