KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED
Selain masyhur dengan wajah tampan dan bakat lakonan, Brad Pitt juga terkenal dengan cita rasa halusnya pada jam tangan mewah.
Walaupun koleksinya tidak besar, setiap jam tangan yang dimilikinya berkualiti tinggi dan menampilkan ketukangan luar biasa. Pilihannya mencerminkan gabungan keanggunan klasik dan kecanggihan moden.
Aktor berusia 61 tahun ini merupakan duta Breitling di samping Charlize Theron dan Adam Driver. Bagaimanapun koleksi arlojinya tidak terhad kepada jenama ini sahaja.
Tinjau koleksi jam tangan Brad Pitt yang mencuri perhatian pencinta fesyen
1. Rolex GMT-Master II 116718
Brad pernah dilihat memakai jam tangan Rolex GMT Master II emas kuning 18k. Sebagai Rusty Ryan dalam filem Ocean’s Thirteen, dia menggayakan model ini yang sebenarnya adalah daripada koleksi peribadinya sendiri.
Model ini, dengan kod rujukan 116718, adalah GMT-Master II emas kuning terbaharu daripada Rolex. Dilancarkan pada 2005 dengan dail hijau khas Rolex, jam tangan pertama di bawah nombor rujukan ini dikeluarkan untuk meraikan ulang tahun ke-50 GMT-Master.
Harga pasaran semasa adalah sekitar USD45,000.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI
Bekas pelumba Formula One (F1), Michael Schumacher mempunyai koleksi trofi terbaik dalam sukan litar. Koleksi horologinya juga tidak kurang hebatnya.
AUDEMARS PIGUET ROYAL OAK SELFWINDING BERHIAS PERMATA EKSKLUSIF
Lanjutan dari arloji artistik mendakap keharmonian rona pelangi, Royal Oak Selfwinding diperkemas permata potongan baguette eksklusif.
ROYAL OAK OFFSHORE MENGHARGAI NUANSA MUZIK DUNIA
Bunyi sentiasa terpahat dalam nadi seni pembuatan jam, demikian Royal Oak Offshore Music Editions tampil menghargai nuansa muzik dunia.
NO RULES, OUR GAME
Roger Dubuis membuka gerbang butik perdananya yang disuntik nada konsep baharu, lantas menjadikannya yang pertama di Asia Tenggara.
VAMOS VAMOS ARGENTINA
Jam tangan Pintar Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022 mengimbangi setiap detik gemilang Piala Dunia FIFA edisi yang ke-22.
TAMBOUR TWENTY PENAKLUKAN ARLOJI TERHEBAT LV
Melayangkan penghormatan buat ulang tahun ke-20 tahun, penampilan Tambour Twenty terhad kepada 200 unit ini membiaskan versi redux daripada susuk asalnya pada tahun 2002.