ANDREW GARFIELD AKHIRNYA BERPISAH DENGAN KEKASIH KONTROVERSI
Agak lama peminat berteka-teki tentang hubungan cinta antara Andrew Garfield dan teman wanitanya, Dr. Kate Tomas. Kini segalanya sudah terjawab.
Baru-baru ini seorang netizen bertanya kepada Kate mengenai status perhubungannya dengan aktor Spiderman itu di Instagram. “Adakah anda masih bercinta dengan Andrew Garfield? Jika ya, tolong sampaikan kepadanya bahawa saya peminat setianya. Terima kasih,” tulisnya di ruangan komen sebuah hantaran.
Komen itu mendapat perhatian Kate. Enggan menyembunyikan status terkininya, dia mengakui mereka sudah pun membawa haluan masing-masing.
“Kami telah berpisah beberapa bulan lalu. Tetapi saya pasti dia akan berasa gembira mengetahui dirinya disayangi peminat,” tulisnya.
Percintaan Andrew Garfield & Kate Tomas Tidak Direstui
Andrew dan pengamal ritual yang mengakui dirinya sebagai ahli falsafah itu mula dikaitkan bersama pada bulan Mac 2024. Mereka dilihat beraksi mesra di Malibu, California bersama pasangan selebriti Phoebe Bridgers dan Bo Burnham.
Satu sumber mendedahkan ketika itu bahawa perhubungan mereka baru saja terjalin. Andrew dikatakan jatuh cinta pandang pertama terhadap Kate kerana dia berbeza dengan wanita lain yang pernah bertakhta di hatinya sebelum ini.
Bagaimanapun percintaan mereka mendapat tentangan peminat setelah muncul khabar angin yang mengatakan Kate menggunakan sihir untuk menawan hati Andrew kerana tidak memiliki fizikal menarik.
Disebabkan tuduhan itu, Kate terpaksa menutup kelas seni godaannya buat sementara waktu dan tampil membersihkan namanya pada bulan Julai. Katanya kepada Times, seni godaan bukanlah tentang mantra atau manipulasi sihir.
“Kecantikan tak ada kena mengena dengan betapa sempurnanya gigi mereka, atau sama ada mereka mencapai piawaian standard konvensional atau tidak. Wanita yang benar-benar cantik kaya dengan karisma kerana mereka menjadi diri sendiri dan mempunyai keyakinan yang tinggi,” katanya.
Wanita berusia 42 tahun itu juga menangkis tuduhan dia menggunakan ilmu hitam terhadap Andrew. Jelasnya, sihir tidak berlaku semalaman, ia mengambil masa.
Dalam temu bual sama, Kate yang pernah empat kali mendirikan rumah tangga turut mendedahkan prejudis orang ramai terhadap perhubungan mereka.
“Amat mengecewakan kerana tidak kira betapa berjayanya seseorang wanita itu, dia hanya akan dipandang jika sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki. Saya tidak mahu duduk di bawah bayang-bayang sesiapa,” tambahnya.
Foto: US Weekly
Pautan berkaitan: KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TUJUH BULAN HIDUP SOLO, ANDREW GARFIELD TEMUI CINTA BAHARU
Andrew Garfield dilaporkan bercinta dengan bintang Bridgerton selepas bertemu di Men of the Year Awards anjuran GQ minggu lalu.
4 PERSAHABATAN AKTOR HOLLYWOOD YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU
Bukan sesuatu yang luar biasa apabila selebriti Hollywood menjadi rakan karib selepas bekerjasama dalam sesebuah filem.
WILL SMITH, ANDREW GARFIELD DAN PELAKON ‘SQUID GAME’, OH YEONG-SU UNGGUL DI GOLDEN GLOBE 2022
“The Power of the Dog” dinobatkan sebagai Filem Terbaik, Will Smith dan Andrew Garfield tepati ramalan ungguli kategori Aktor Terbaik di Anugerah Golden Globe 2022 yang dikaburi dengan kontroversi.
BEST DRESSED MEN DI KARPET MERAH OSCAR 2017
Ini dia10 best-dressed men di Anugerah Oscar 2017! Lets start the counting shall we?