WILL SMITH, ANDREW GARFIELD DAN PELAKON ‘SQUID GAME’, OH YEONG-SU UNGGUL DI GOLDEN GLOBE 2022
“The Power of the Dog” dinobatkan sebagai Filem Terbaik, Will Smith dan Andrew Garfield tepati ramalan ungguli kategori Aktor Terbaik di Anugerah Golden Globe 2022 yang dikaburi dengan kontroversi.
Menepati ramalan pengkritik-pengkritik filem antarabangsa, Will Smith memulakan penguasaannya dalam kategori Aktor Terbaik sepanjang musim anugerah tahun ini dengan kemenangan di Anugerah Golden Globe 2022. Kemenangan melalui filem “King Richard” ini dalam kategori Filem (Drama), manakala Andrew Garfield pula memenangi kategori Aktor Terbaik untuk Filem (Muzikal/Komedi) melalui filem “Tick, Tick… BOOM!”.

(Photo by Emma McIntyre/Getty Images for Hollywood Foreign Press Association)
Musim anugerah kali ini bermula cukup berbeza. Saban tahun, Anugerah Golden Globe akan membuka tirai musim anugerah utama dengan majlis gilang-gemilang dan pasti dihadiri bintang-bintang A-list Hollywood. Dikaburi dengan pelbagai kontroversi, keputusan anugerah tahun ini hanya diumumkan oleh Hollywood Foreign Press Association melalui Twitter dan siaran media sahaja.

Benedict Cumberbatch daripada “The Power of the Dog”. (Cr. KIRSTY GRIFFIN/NETFLIX © 2021)
Filem lakonan Benedict Cumberbatch, “The Power of the Dog” dinobatkan sebagai Filem Terbaik (Drama), selain mengungguli bebrapa kategori utama lain seperti Pelakon Pembatu Lelaki Terbaik melalui Kodi Smit-McPhee, serta kategori Pengarah Terbaik oleh Jane Campion. Filem adaptasi semula “West Side Story” memenangi kategori Filem Terbaik (Muzikal/Komedi).

Nicole Kidman daripada “Being the Ricardos”. (Photo by Rich Fury/Getty Images)
Pelakon “Being the Ricardos”, Nicole Kidman pula mengejutkan selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Aktres Terbaik (Drama) menewaskan Kristen Stewart (Spencer), Lady Gaga (House of Gucci), Olivia Colman (The Lost Daughter) dan Jessica Chastain ( The Eyes of Tammy Faye). Pelakon utama “West Side Story”, Rachel Zegler memenangi Aktres Terbaik (Muzikal/Komedi).

(Photo by Emma McIntyre/Getty Images for Hollywood Foreign Press Association)
Untuk kategori televisyen pula, pelakon “Squid Game”, O Yeong-su telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Televisyen melalui siri fenomena Netflix tersebut. Pelakon veteran berusia 77 tahun itu merupakan yang pertama memenangi Golden Globe dari Korea Selatan. “Succession” diangkat sebagai Siri Televisyen Terbaik (Drama) dan “Hacks” menang Siri Televisyen Terbaik (Komedi/Muzikal).
Selepas pendedahan isu perkauman mengenai Hollywood Foreign Press Association, barisan bintang Hollywood memboikot majlis anugerah Golden Globes. NBC turut membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyiarkan acara ini secara langsung di saluran mereka
Foto: Getty Images & Netflix
Baca lebih lanjut: “CABARAN SAYA ADALAH TIDAK JATUH CINTA DENGAN LUCIEN LAVISCOUNT “ – LUCAS BRAVO (GABRIEL) DARIPADA SIRI ‘EMILY IN PARIS’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BAHAGIAN TERBURUK DALAM SQUID GAME SEASON 3 (SPOILER ALERT)
Squid Game Musim 3 berjaya goncang dunia, tapi satu babak jadi punca peminat kecewa.
KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX TERBARU, BET
Pelakon-pelakon siri terbaru Netflix, Bet bukanlah biasa. Wajah mereka juga sering dilihat di dalam siri atau filem Netflix yang lain.
CERITA MENARIK DI NETFLIX TERKINI MESTI TONTON
Tertanya apa cerita menarik di Netflix sekarang ini yang boleh ditonton? Tidak perlu runsing lagi. Platform penstriman gergasi ini telah melancarkan beberapa senarai filem dan siri baru yang menarik dan pastinya akan membuat penontonnya terleka selama berjam-jam. Tidak kira peminat thriller aksi, komedi, atau drama yang menyentuh hati, Netflix sentiasa mempunyai sesuatu yang baru untuk…
GAYA BEST DRESSED LELAKI DI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, Oscar yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, bintang-bintang lelaki Hollywood mempamerkan gaya fesyen yang memukau di karpet merah.
DALAM DIAM ANDREW GARFIELD KEMBALI BERCINTA LAGI
Baru beberapa bulan berpisah dengan pengamal ritual Dr Kate Thomas, Andrew Garfield dilaporkan sudah pun menemui cinta baru.
KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK
Pasangan selebriti terkenal, Nicole Kidman dan Keith Urban berdepan ujian selepas rumah agam mereka di Beverly Hills, California diceroboh perompak.