KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY
Casio Computer Co., Ltd. telah mengumumkan pelancaran GMD-S5610IT, penambahan terbaru kepada jenama G-SHOCK yang tahan hentakan. Ini merupakan kolaborasi kedua antara G-SHOCK dan duta jenama mereka, ITZY. Koleksi kali ini hadir dalam lima model berbeza. Sejak kemunculan sulung mereka pada Februari 2019, kumpulan wanita ini telah mendapat sokongan besar daripada peminat global. Pada Februari 2023, Casio telah melantik kumpulan ini sebagai duta jenama G-SHOCK. Keserasian luar biasa boleh dilihat antara lagu dan persembahan bertenaga ITZY dengan identiti utama G-SHOCK, iaitu ketahanan.
Kolaborasi kedua antara G-SHOCK dan ITZY ini, iaitu GMD-S5610IT yang baru menawarkan 5 warna ceria dan bertenaga. Setiap warna menggambarkan personaliti individu setiap ahli, yang memikat peminat dengan gaya unik mereka. Jam tangan ini berasaskan model GMD-S5610, versi lebih nipis dan padat daripada 5600 Style, yang mewarisi bentuk ikonik G-SHOCK yang asal.
Simbol Yang Melambangkan ITZY
Apabila lampu LED diaktifkan, susunan hati yang dilukis tangan muncul pada skrin LCD, mengingatkan “crown pose” ikonik ITZY di penghujung lagu. Lima bintang dicetak dengan dakwat cermin di bahagian atas muka jam, melambangkan cara kelima-lima ahli bersinar di pentas dunia dengan kecerahan tersendiri. Ciri reka bentuk tambahan yang menggabungkan elemen dunia ITZY termasuk ukiran tandatangan setiap ahli di bahagian belakang jam dan corak bintang di gelung tali yang sepadan dengan bintang di bahagian atas muka jam.
Jam tangan ini didatangkan dalam bungkusan khas yang memaparkan logo ITZY dan G-SHOCK. Kotak luarnya dicetak dengan tandatangan setiap ahli. Set ini turut dilengkapi dengan 50 pelekat asli, yang menampilkan ilustrasi khas yang dilukis sendiri oleh ahli kumpulan itu.
Barisan jam tangan istimewa ini dipenuhi dengan pesona bertenaga kumpulan global ini. ITZY baru sahaja melancarkan mini album kesembilan mereka, GOLD pada 15 Oktober yang lalu. Album ini dibarisi lagu-lagu terbaru mereka seperti GOLD, Imaginary Friend, VAY yang menampilkan Changbin dari Stray Kids dan banyak lagi. Ini juga merupakan album pertama disertai Lia, selepas 10 bulan berehat.
Pautan Berkaitan: KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELEBRITI KOREA MENGGEGAR MILAN FASHION WEEK 2024
Milan Fashion Week 2024 dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dari serata dunia, termasuklah Korea Selatan.
KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI
Jam tangan Omega untuk lelaki menawarkan gabungan sempurna antara inovasi teknologi dan elemen elegan yang menonjolkan gaya si pemakai.
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI
Bekas pelumba Formula One (F1), Michael Schumacher mempunyai koleksi trofi terbaik dalam sukan litar. Koleksi horologinya juga tidak kurang hebatnya.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024
Dari filem “Ripley” lakonan Andrew Scott kepada siri K-drama “Chief Detective 1958” yang menampilkan Lee Je-hoon, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang April 2024.
FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR
Acara pembukaan semula butik flagship Franck Muller terbesar rantau Asia di Pavilion Kuala Lumpur dihadiri oleh barisan selebriti tempatan seperti Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING
Sempena ulang tahun ke-40 G-SHOCK yang bersejarah, jenama ini singgah ke Kuala Lumpur dalam meneruskan jelajah pop-up di seluruh Asia Tenggara yang bertemakan "Rooted in Toughness" bersama 88rising.