Skip to content

THE RISING STAR, JOHAN ‘JOJO’ GHAZALI HIASI COVER BULAN NOVEMBER 2024

Kongsikan artikel ini

Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni kanan: KHAI RAMLI, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Gambar: CHUAN LOOI (YIPEYAYA STUDIO), Pelatih amali: SITI MALIYANAH,Teks: RYAN MOHAMAD 

JOHAN GHAZALI: TRANSFIGURASI SEORANG LELAKI ALFA

Jam:TISSOT T-Race MotoGP™ Chronograph 2024 Limited Edition, Top: FENDI musim luruh 2024

Pabila kebanyakan remaja di usia 18 lagi sibuk mengatur perjalanan hidup, sedang yang satu ini namanya sudah mekar dan semakin bugar meniti kejayaan dalam arena gelanggang Muay Thai. Karisma, bakat dan berjaya menjadi role model buat individu lain, melayakkannya menjadi individu yang sedang “dipersiapkan” bagi saya.

Sejak ketahuan Johan Ghazali (Jojo) akan ke Kuala Lumpur, GLAM LELAKI mengambil kesempatan melangsungkan sesi fotografi untuk isu November 2024. Kerana tidak mahu mengganggu sesi fotografi yang berlangsung di banglo lama di Petaling Jaya, tak banyak yang dibualkan semasa sesi foto. Tapi yang saya tahu jadual Johan di Kuala Lumpur dipadatkan dengan banyak aktiviti. 

THE RISING STAR, JOHAN 'JOJO' GHAZALI HIASI COVER BULAN NOVEMBER 2024

Jam: TISSOT T-Race MotoGP™ Automatic Chronograph 2024 Limited Edition, Jaket: Dior musim luruh 2024

“Betulkah Jojo mahu jadi pelakon?” Usik saya memecah sunyi. “Ya. Jojo dapat bayangkan akan menjengah bidang lakonan satu masa nanti. Kerana Jojo menggemari filem dan banyak filem memainkan peranan besar dalam hidup saya.” Katanya mengugah perasaan.

Sedang dia asyik mengeringkan basahan rambutnya, saya tanyakan tentang kehadiran Khabib di Malaysia yang di sambut Jojo dalam sebuah majlis khas di ibu negara semalam. “Berpeluang bertemu empat mata dengan Khabib, Apa pengisian yang dapat daripada dia?”. 

“Khabib beritahu saya untuk kekal fokus, kerana saya masih lagi muda dan dia lihat saya mempunyai masa depan cerah dalam bidang ini. Jika saya merancang untuk bertukar ke MMA, saya dialu-alukan ke Dagestan, Rusia berlatih bersamanya di sana.” Luahnya yang menjadi teras utama dia ke Kuala Lumpur.

Saya seakan bergusti dengan masa kerana tiada ruang untuk kami duduk bersama dan meneruskan temu bual. Usai sesi fotografi, Jojo menjamah sedikit makanan yang disediakan produksi lantas saya memesan grab untuk membawa dia dan entourage ke Bukit Jalil. Mengheret wawancara ini lewat maya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Jojo bersama adiknya, Mikail Ghazali. Jojo dalam sut Dior musim luruh 2024 dan Mikail dalam sepersalinan Prada musim luruh 2024.

Bermaksud anda punya perancangan untuk beralih ke MMA di masa akan datang? Selepas itu?

Insyallah, hal itu mungkin adalah langkah saya untuk meletakkan diri lebih tinggi di masa depan. MMA adalah sesuatu yang besar, di usia saya sekarang ini saya mahu memberikan tumpuan kepada Muay Thai terlebih dahulu. Ya. Saya akan ke Dahaestan. Tapi di masa depan nanti.

Johan Ghazali, on your own words. Adakah Muay Thai satu sukan yang bagus? Kenapa?

Pada pendapat saya, Muay Thai adalah salah satu sukan terbaik yang mempromosikan disiplin dan kekuatan mental, terutama sekali untuk anak muda.

Siapakah lawan paling sukar dikalahkan?

Nguyen Tran dari Vietnam

Anda dibesarkan oleh bapa seorang anggota polis. Apakah disebabkan itu anda jadi seperti sekarang? Bagaimana anda dan adik beradik di rumah?

Ayah saya seorang yang amat tegas. Kerana itu, dia akan memastikan saya dan adik-beradik yang lain berdisiplin dalam melakukan segala tindak-tanduk.

THE RISING STAR, JOHAN 'JOJO' GHAZALI HIASI COVER BULAN NOVEMBER 2024

Jam: TISSOT T-Race MotoGP™ Automatic Chronograph 2024 Limited Edition, Seluar denim: MSGM musim luruh 2024


Muay Thai dikenali sebagai sukan mempertahankan diri, adakah anda cukup kebal? Apa yang boleh membuatkan Johan Ghazali marah, sedih?

Jojo sama seperti manusia biasa, perkara yang boleh buat manusia lain sedih, boleh juga buat saya sedih. Cuma saya mengendalikan sesuatu dengan cara yang berbeza.

Adakah ketika lawan itu jatuh atau kalah satu kepuasan bagi anda?

Ya.

Siapa Johan Ghazali sebelum kamu menginjak umur 30? 

Johan Ghazali yang sama macam sekarang cuma saya yakin lagi 12 tahun, saya akan datang dalam versi yang ditambah baik dalam semua bidang.

Adik anda seakan-akan mengikuti langkah anda. Adakah anda restu?

Saya tidak kisah adik saya buat apa asalkan apa yang dilakukan itu hal yang bermanfaat dan tidak menyusahkan orang lain.

Jam:TISSOT T-Race MotoGP™ Chronograph 2024 Limited Edition, Seluar: Dior

Berapa banyak kecederaan yang kamu alami? Di manakah yang paling meninggalkan kesan? Tak sayang badan ke?

Sudah menjadi kelaziman. Kalau sudah namanya sukan pasti akan terdedah dengan kecederaan. Contohnya berlari, kita terdedah dengan kecederaan lutut, terjatuh dan sebagainya. Bezanya Muay Thai, kecederaannya kebanyakannya orang nampak di muka. Saya sudah mengalami banyak kecederaan dan patah beberapa tulang. Tentulah saya sayang badan saya. Jojo rasa badan Jojo lebih sihat daripada 90 peratus orang lain di Malaysia. Tetapi bila datang masa untuk berlawan, Jojo terpaksa mengorbankan diri sikit demi mencapai impian iaitu kemenangan.

Rakan seusia kamu mungkin sedang mencari peluang belajar di universiti. Apakah target capaian akademi yang anda rasa anda mampu capai?

Jojo dah puas hati dengan pencapaian akedemik yg tercapai.

THE RISING STAR, JOHAN 'JOJO' GHAZALI HIASI COVER BULAN NOVEMBER 2024

Jam:TISSOT T-Race MotoGP™ Chronograph 2024 Limited Edition, Top: FENDI musim luruh 2024

Apakah sisi lain Johan Ghazali yang berbeza dari seorang Muay Thai champion?

Jojo adalah seorang yang sangat peramah tetapi dengan orang tertentu.

Anda okay dengan kemasyhuran? Bagaimana anda mengendalikannya? 

Saya sukakan kemasyhuran. Kerana apa yang berlaku hari ini, Jojo sudah membayangkan sebelum ianya terjadi di masa lalu.

Apa item fesyen yang kamu selalu pakai?

Saya seorang yang ringkas. Saya hanya pakai apa yang diberi. Item fesyen yang wajib bagi Jojo adalah jeans dan t-shirt.

Artikel berkaitan: AFGAN IS GLAM LELAKI OCTOBER’S COVER STAR!