STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WICKED
Filem terbitan Universal Pictures, Wicked akhirnya menemui penonton di pawagam seluruh dunia.
Naskah arahan Jon M. Chu ini dibintangi oleh nama-nama besar Hollywood termasuk Ariana Grande, Cynthia Erivo, Jonathan Bailey, Ethan Slater, Jeff Goldblaum dan Peter Dinklage. Tidak ketinggalan aktres kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh yang menggalas watak sebagai Madame Morrible.
Baru-baru ini berlangsungnya acara tayangan perdana di Los Angeles yang dihadiri barisan pelakon dan selebriti jemputan. Bertempat di Dorothy Chandler Pavilion, bintang-bintang filem muncul di karpet merah dalam persalinan mewah lagi bergaya.
Beberapa selebriti terkenal turut hadir memberi sokongan kepada filem ini. Antaranya Jennifer Lopez yang kini sedang sibuk mempromosi filem terbarunya, Unstoppable. Juga Troye Sivan, Sarah Paulson, Ashley Tisdale dan Frankie Grande.
Wicked berkisar tentang kehidupan Elphaba yang kulitnya berwarna hijau. Dek kerana sering disalah erti, dia menjalin persahabatan dengan Glinda, seorang pelajar yang gilakan populariti. Susulan pertemuan dengan Wizard of Oz, persahabatan mereka mulai retak setelah kedua-duanya mengikuti hala tuju kehidupan yang berbeza.
Filem ini akan menemui penonton di pawagam tanah air pada 27 November 2024.
Tinjau gaya bintang Wicked dan para tetamu yang mencuri perhatian
Ariana Grande
Cynthia Erivo
Jonathan Bailey
Ethan Slater
Jeff Goldblaum
Michelle Yeoh
Idina Menzel & Kristin Chenoweth
Bronwyn James
Frankie Grande
Jennifer Lopez
Troye Sivan
Sarah Paulson
Ashley Tisdale
Ken Jeong & Tran Ho
Sophia Bush
Sheryl Lee Ralph
Karrueche Tran
Foto: X/Getty Images
Pautan berkaitan: MOMEN FESYEN BINTANG THE UNION DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MOMEN FESYEN TERHANGAT DI KARPET MERAH MTV EMA 2024
Shawn Mendes, Taika Waititi dan Aaron Taylor-Johnson antara yang hadir memeriahkan acara MTV EMA 2024.
25 FESYEN GLAMOR SELEBRITI DI LACMA ART+FILM GALA 2024
Acara yang dihoskan oleh Leonardo DiCaprio dan pemegang amanah LACMA, Eva Chow meriah dengan kehadiran bintang ternama dalam persalinan memukau mata.
30 FESYEN ‘GLAMOR NEW YORK’ DI KARPET MERAH CFDA AWARDS 2024
Stail terbaik di CFDA Awards bukan hanya berkisar tentang selebriti yang menggayakannya. Pada karpet merah acara yang berlangsung di New York City baru-baru ini, bakat-bakat besar di sebalik setiap rekaan dan jahitan turut diraikan.
FESYEN LELAKI PALING MENCURI PERHATIAN DI TIME100 NEXT GALA 2024
Selain acara itu sendiri, turut mencuri tumpuan tentunya momen fesyen selebriti di karpet merah.
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WOLFS
TCL Chinese Theater, Los Angeles menyaksikan kehadiran barisan pelakon dan tetamu untuk tayangan filem terbaru, Wolfs pada 19 September lalu.
FESYEN SELEBRITI LELAKI DI KARPET MERAH MTV VMA 2024
MTV Video Music Awards 2024 berlangsung meriah dengan kehadiran selebriti dalam persalinan bergaya dan memukau mata.