CUTI-CUTI BERSAMA OUTFIT IKONIK LEVI’S®
Untuk musim perayaan kali ini, Levi’s® akan meraikannya dengan keseronokan gaya terkini dan segar. Melalui himpunan baharu ‘Holiday Edits’ dan memulakan inisiatif pemberian hadiah yang dinamakan “12 Days of Denim”.

Akhir tahun bertambah meriah dengan aktiviti pemberian hadiah dan meraikan kebersamaan bersama teman-teman dan keluarga tersayang. Keseronkan gaya dengan Levi’s®, daripada denim kepada pakaian luar tahan sejuk, lapisan selesa ini memastikan anda dilindungi. Semangat musim percutian lebih hangat dengan himpunan ‘Holiday Edits’ dari Levi’s®.
Himpunan ‘Holiday Edits’ ini menawarkan koleksi yang memadankan helaian asas dengan momen indah musim perayaan. “Bundle-Up” gift edit dicetuskan untuk mereka yang mencari keseronokan dalam kesejukan. Daripada jaket Trucker ke jaket vest puffer, helaian luar ini direka untuk musim sejuk yang tenang dan nyaman.

Jika berdepan dengan udara musim dingin, helaian luar ini sememangnya tiada batasan. “Extra-Cozy” gift edit pula membangkitkan rasa hangat bak berada di depan unggun api. Bayangkan sewaktu musim percutian, anda meluangkan masa bersama teman-teman di destinasi bersalji, inilah gaya pemakaian yang sesuai untuk dipakai sewaktu itu.
Ia menawarkan baju sejuk, kemeja flannel dan banyak lagi, kerapa setiap individu perlu ada baju kait yang boleh memberikan kenyamanan sepanjang masa.
Koleksi “Total Denim” edit pula berteraskan kepada destinasi musim sejuk untuk mereka yang menyukai denim sebagai penampilan utama. Daripada seluar jeans 501® Original ke jaket Trucker, penggayaan ini digemari sejak turun-temurun. Perincian Yoke serta padanan berinspirasikan ‘western’ turut difokuskan.


Manakala, “Going Out” edit menawarkan gaya pesta dan padanan luar yang menonjol. Kemeja western yang berkilau sedia dipadankan untuk pesta akhir tahun atau tahun baru. Ia sesuai dipadankan bersama seluar baharu 501® ’90s Ankle atau dilapisi jaket Harper Heritage serta Sherpa Trucker dalam corak petak bertemakan musim perayaan.
Artikel berkaitan: TOD’S· X CAPSULE COLLECTION BERSAMA XIAO ZHAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN
Pengalaman multi-sensori terbaharu, Gentle Monster lebarkan empayar fesyen di Suria KLCC dengan membawakan 'Veggie Collection' Jun ini.











