Skip to content

BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?

BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?

Kongsikan artikel ini

Sering tertekan dan kurang aktiviti fizikal antara punca berat bertambah. Namun tahukah anda telefon bimbit turut menyumbang kepada isu ini?

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Trends in Food Science & Technology, ia boleh terjadi jika anda terlalu asyik menggunakan telefon kala menjamu selera. Berdasarkan kajian ini, berat badan anda boleh meningkat kira-kira dua hingga tiga kilogram sekiranya ia berlarutan.

Hari ini ramai daripada kita memilih untuk menikmati hidangan sambil memegang telefon bimbit dan melayari laman sosial. Tindakan ini sepatutnya dielakkan. Ini kerana anda akan cenderung untuk makan lebih banyak dan mengambil masa lebih lama untuk menghabiskan makanan dek terlalu leka dengan hiburan yang ada di dalam telefon bimbit.

Apabila anda makan sambil melakukan perkara-perkara tersebut, ini akan menganggu isyarat kekenyangan dari otak ke perut. Dan jika anda tidak memberi tumpuan kepada makanan anda, otak juga berkemungkinan mengalami kesukaran memantau jumlah makanan yang telah diambil.

Foto: Freepik

Bayangkan anda sedang menonton filem di panggung wayang, sedar tidak sedar sebelum filem tamat anda sudah pun menghabiskan dua bekas bertih jagung dan secawan besar minuman ringan. Ya, inilah yang kami maksudkan. Jadi bagaimana untuk kita elakkan gangguan ini memandangkan ia sudah menjadi tabiat harian?

Ikuti tip ini jika anda sudah terbiasa memegang telefon bimbit sewaktu makan

1 Semasa waktu makan pastikan anda tidak terlibat dengan aktiviti lain seperti menggunakan telefon bimbit atau menonton televisyen. Lebih mudah jika anda sorokkan telefon di dalam bilik.

2 Jangan periksa WhatsApp, Thread, TikTok, Instagram atau apa-apa saja akaun media sosial anda waktu menjamu selera.

3 Duduk dalam posisi paling selesa supaya anda tidak terasa untuk memegang telefon bimbit.

4 Elak makan berseorangan. Menjamu selera bersama rakan atau keluarga boleh mengurangkan rasa untuk memegang telefon bimbit.

5 Cuba hayati sekurang-kurangnya tiga gigitan pertama. Proses yang dikenali sebagai ‘mindful eating’ ini boleh membawa kepada kepuasan yang tinggi terhadap waktu makan anda.

 

Foto: Freepik

Pautan berkaitan: 5 PETUA MUDAH UNTUK MENGATASI MASALAH OBESITI