Skip to content

KENALI BYEON WOO SEOK, AKTOR LOVELY RUNNER YANG KINI MENJADI KEGILAAN

KENALI BYEON WOO SEOK, AKTOR LOVELY RUNNER YANG KINI MENJADI KEGILAAN

Kongsikan artikel ini

Byeon Woo Seok bukanlah wajah baru dalam industri hiburan Korea tetapi nampaknya 2024 adalah tahun untuknya bersinar.

Nama model yang kini bergelar pelakon itu meniti bibir peminat setelah membintangi siri hit Lovely Runner sebagai Ryu Sun Jae. Sejak itu dia berjaya mencuri tumpuan ramai peminat dari seluruh dunia termasuk juga jenama mewah.

Ini beberapa fakta menarik tentang Byeon Woo Seok anda perlu tahu

 

Bermula Dari Pentas Peragaan

Bintang berusia 33 tahun ini mengambil jurusan teater dan filem di universiti. Bagaimanapun debutnya dalam industri hiburan bukanlah sebagai pelakon tetapi peragawan.

Foto: YG KPlus

Pada awal kemunculannya sebagai model, Byeon menandatangani kontrak bersama YG KPlus, syarikat pengurusan yang menaungi beberapa model dan pelakon popular ketika itu seperti Nam Joo Hyuk dan Jang Ki Yong. Mereka bertiga berjalan di pentas peragaan yang sama untuk koleksi Munsoo Kwon S/S15.

 

Kerjaya Lakonannya Tidak Secerah Diharapkan

Walaupun Byeon menjadi pujaan ramai pada masa kini, perjalanannya sebagai pelakon tidak semudah yang disangkakan. Dalam wawancara bersama Hong Seok Cheon, dia mengakui gagal kira-kira seratus uji bakat sebelum mendapat tawaran pertamanya.

Usaha dan kerja kerasnya tidak sia-sia. Byeon membuat kemunculan sulung sebagai aktor dalam drama Dear My Friends pada 2016 bersama pelakon veteran seperti Youn Yuh Jung dan Kim Young Ok.

Foto: Soompi

Tuah terus menyebelahinya apabila ditawarkan lebih banyak peluang berlakon termasuk dalam siri Record of Youth di samping Park Bo Gum dan Park So Dam. Dia turut membintangi filem berjudul 20th Century Girl bersama Kim Yoo Jung sebagai teraju utama.

Sejak popularitinya melonjak selepas membintangi Lovely Runner, Byeon mengakui mendapat tawaran berlakon lebih 10 hingga 20 kali ganda berbanding sebelumnya.

 

Menjadi Rebutan Jenawa Mewah

Dengan penampilan menarik dan kemasyhuran yang memuncak, aura Byeon sememangnya sukar ditolak. Disebabkan itu banyak jenama mewah mula melamarnya menjadi duta.

Awal November lalu aktor kelahiran Seoul itu diumumkan sebagai duta Prada selepas menghadiri pertunjukan fesyen pakaian lelaki Musim Bunga/Panas 2025 jenama ini yang berlangsung di kota Milan. Namun Prada bukan satu-satunya jenama yang menjalin kerjasama dengannya.

Foto: Cartier

Baru-baru ini Cartier pula memperkenalkan Byeon sebagai duta selebriti, sebaris dengan bintang terkenal seperti Jisoo, V dan Jackson Wang.

“Saya teruja kerana diberi peluang menyertai Cartier sebagai duta. Saya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Cartier yang sentiasa menyahut cabaran kreatif baru sambil mempersembahkan reka bentuk elegan dengan ketukangan pakar,” kata Byeon mengenai pelantikannya.

 

Foto: Bench

Pautan berkaitan: KENALI NASSIM LYES, BINTANG UNDER PARIS YANG SEDANG MENINGKAT NAIK

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA

KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA

Bacaan Lanjut
BYEON WOO SEOK DILANTIK SEBAGAI DUTA JENAMA PRADA BAHARU

BYEON WOO SEOK DILANTIK SEBAGAI DUTA JENAMA PRADA BAHARU

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut
CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

Bacaan Lanjut
PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

Bacaan Lanjut