Sudah menjadi lumrah, kita akan mencari-cari lagu sesuai dengan situasi dilalui untuk melayan perasaan sebaik saja putus cinta.
Ini sudah menjadi kebiasaan, bukan sahaja buat golongan wanita tetapi juga lelaki. Tidak kira lagu berbahasa Melayu atau Inggeris, klasik atau moden, pasti ada satu yang liriknya kena dengan pengalaman cinta individu yang berakhir dengan kepahitan.
Berbanding lagu klasik yang sedih dan mendayu-dayu, pilihan lagu abad ke-21 tidak kurang hebatnya dengan muzik rancak dan menarik perhatian. Antara lagu popular daripada penyanyi wanita Hollywood termasuk Rolling In The Deep (Adele), Since U Been Gone (Kelly Clarkson) dan Thank U, Next (Ariana Grande).
Baru putus cinta? Layan lagu-lagu terbaik daripada penyanyi lelaki ini