KENALI BANG CHAN, IDOL DENGAN 204 LAGU DI KOMCA
Selain dari menjadi ketua kumpulan Stray Kids, Bang Chan merupakan penulis dan pencipta untuk kebanyakkan lagu Stray Kids.
Bang Chan atau lebih mesra dikenali sebagai Chan, merupakan ketua kumpulan global Stray Kids. Dia dilahirkan pada 3 Oktober 1997 dan kini berusia 27 tahun. Chan pertama kali didedahkan secara rasmi oleh JYP Entertainment pada 11 Oktober 2017 dalam rancangan survival Stray Kids. Dia diperkenalkan dengan peranan “Producing”, “Vocal”, “Rap”, dan “Dance”, selain menjadi ketua untuk Projek Kumpulan Lelaki yang dibentuk sendiri olehnya bersama Park Jin-young.
Berdasarkan rekod Korea Music Copyright Association (KOMCA), Bang Chan kini mempunyai 204 lagu kredit dibawah namanya. Chan juga merupakan satu-satunya idol K-Pop generasi ke-4 yang mempunyai lebih dari 200 lagu dan berada di tempat ketiga KOMCA. Dengan bakatnya dalam bidang muzik, Chan juga mencipta lagu untuk kumpulan lain seperti NiziU dan JO1. Kebanyakan kolaborasi antara Stray Kids dan antarabangsa juga ditulis olehnya. Antaranya seperti rapper dari Jepun Sky-Hi, Tiger JK dan yang bakal dikeluarkan pada 13 Disember 2024, Tablo.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EXO BAEKHYUN DAN D.O BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA SECARA SOLO
Ahli EXO, Baekhyun dan D.O bakal ke Malaysia secara individual untuk konsert solo mereka pada tahun ini. Penantian EXO-Ls kini tamat!
8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA
Selain daripada gaya fesyen yang kemas, wangian lelaki juga mampu menjadi salah satu cara untuk menarik perhatian wanita.
KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX WEAK HERO CLASS 2
Drama bersiri Weak Hero Class 2 kini kembali untuk musim kedua, dengan situasi yang lebih intense dan aksi yang lebih hebat.
10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA
Walaupun ramai menganggap idol rapper hanyalah pelengkap lagu, realitinya segelintir bintang mampu menyaingi rapper profesional.
8 FAKTA MENARIK TENTANG HYUNJIN BERSAMA VERSACE
Hyunjin dari Stray Kids terus mencuri perhatian di Milan Fashion Week, terutamanya melalui kerjasama eksklusifnya dengan Versace.
DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA
Dalam era di mana selebriti dan idola K-pop menjadi wajah utama jenama mewah global, Stray Kids muncul sebagai kuasa besar.