PENAMPILAN TERKINI JACOB ELORDI BIKIN PEMINAT TAK KERUAN
Jacob Elordi mengejutkan peminat apabila muncul di Festival Filem Antarabangsa Marrakech ke-21 di Maghribi baru-baru ini dengan penampilan baharu.
Buat kali pertama, bintang Euphoria itu menampilkan gaya lebih matang dengan menyimpan janggut, jambang dan misai tebal. Rambutnya juga lebih panjang daripada kebiasaan.
Netizen meluahkan rasa tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Di laman X, seorang peminat mendedahkan keterujaan dengan penampilan baru Jacob.
“Oh Tuhan, kami sememangnya suka lelaki berjanggut,” tulisnya. Seorang lagi menambah, “Dia nampak sepuluh kali lebih tampan daripada biasa.”
Seorang lagi peminat berkata kombinasi rambut panjang dan janggut tebal membuatkannya hampir gila. Begitulah penangan gaya baru aktor berusia 27 tahun itu.
Peminat Jacob Elordi Beri Reaksi Berbeza
Bagaimanapun bukan semua peminat menyukai penampilan terkininya. Segelintirnya mengharapkan agar Jacob kembali ke gaya lamanya. Ada juga yang menganggap Jacob kelihatan pelik dengan gaya serabai.
“Tolonglah bercukur. Anda kelihatan lebih kacak dan seksi tanpa bulu-bulu di muka,” pinta seorang peminat di X manakala seorang lagi menulis, “Rambutnya yang merosakkan keseluruhan penampilan. Dia perlu potong secepat mungkin.”
Timbul juga spekulasi bahawa pelakon Australia itu menyimpan misai dan janggut untuk menjayakan peranan dalam filem terbaru. Jacob bakal muncul dalam beberapa projek yang kini dalam pembikinan termasuk Frankenstein arahan Guillermo del Toro sebagai raksasa ikonik itu.
Aktor Priscilla itu juga akan muncul filem Wuthering Heights di samping Margot Robbie. Naskah yang diadaptasi daripada novel tahun 1847 dengan tajuk sama itu akan memulakan penggambaran di United Kingdom pada awal tahun 2025.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: PENAMPILAN TERKINI ZAC EFRON KEMBALI MENGUNDANG PERSOALAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIRU STAIL! GAYA SELEBRITI LELAKI MENGGAYAKAN TAS TANGAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN
Kini, semakin ramai lelaki yang menggayakan tas tangan sebagai sebahagian daripada gaya fesyen mereka walaupun dalam kehidupan harian.
GAYA FESYEN YANG BOLEH CUBA UNTUK KELIHATAN SEPERTI JACOB ELORDI
Kretiviti Jacob Elordi untuk mencampurkan siluet maskulin dan feminin dengan mudah adalah bahagian penting dalam penampilannya. Dia tidak asing dengan blaus sutera dan beg silang yang menggabungkan dengan sempurna kasut-kasut maskulin dan siluet pakaian kerja yang lebih kasual.
KENALI CAILEE SPAENY, AKTRES JELITA PENDAMPING JACOB ELORDI DALAM FILEM PRISCILLA
Fakta menarik tentang aktres yang berjaya menggondol anugerah Volpi Cup for Best Actress untuk persembahan hebatnya dalam Priscilla.
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK
Wajah dari serata dunia hadir memeriahkan acara-acara fesyen utama yang berlangsung sepanjang men’s fashion week bulan lepas. GLAM Lelaki memilih lima tetamu yang stylish.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG ‘EUPHORIA’, JACOB ELORDI
Sebelum terpilih memegang watak Nate Jacobs dalam “Euphoria”, Jacob Elordi hanya mempunyai US$ 400 sahaja dalam akaun bank dan tinggal di dalam keretanya pada waktu malam.