5 AKTOR YANG MENIMANG CAHAYA MATA SULUNG PADA USIA LEBIH 50-AN
Bergelar bujang terlajak bukanlah satu isu besar di dunia, terutama di kalangan aktor Hollywood.
Ramai selebriti lelaki memilih untuk tidak bergelar bapa pada usia muda kerana mahu mendaki puncak kerjaya tanpa terikat dengan komitmen atau tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.
Apabila sudah berjaya mencipta nama dan jadual tidak lagi padat dengan penggambaran disebabkan usia yang semakin lanjut, mereka memilih untuk berumah tangga dan berkeluarga.
GL senaraikan lima aktor yang bergelar bapa pada usia separuh abad
1. Hugh Grant
Pelakon The Gentlemen ini berusia 51 tahun ketika kali pertama bergelar bapa pada 2011. Hugh kini mempunyai lima cahaya mata – dua bersama bekas teman wanitanya, Tinglan Hong dan tiga lagi hasil perkahwinan dengan Anna Elisabet Eberstein.
2. Chris Noth
Bintang Sex and The City ini dan isterinya, Tara Wilson menyambut kelahiran anak pertama pada 2008, ketika Chris berusia 53 tahun. Anak kedua mereka dilahirkan 12 tahun kemudian.
3. George Clooney
Aktor dan pengarah The Midnight Sky ini menimang cahaya mata kembar bersama isteri, Amal Alamuddin pada 2017 ketika berusia 56 tahun. Katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara Today, dia tidak menyedari apa yang hilang dalam hidupnya sebelum mempunyai anak.
“Saya tidak pernah terfikir bahawa hidup saya akan sunyi tanpa kehadiran anak-anak. Saya rasakan hidup saya telah lengkap. Apabila bertemu Amal, saya menyedari hidup saya selama ini agak kosong. Dan selepas mempunyai dua cahaya mata, barulah saya benar-benar sedar betapa sunyinya hidup saya sebelum kehadiran mereka.”
4. Jeff Goldblum
Bintang Thor: Ragnarok ini bergelar bapa pada usia 62 dengan kelahiran anak sulungnya pada 2015, diiikuti anak kedua pada 2017.
5. Steve Martin
Walaupun peranannya sebagai bapa kepada 12 cahaya mata dalam Cheaper By The Dozen yang ditayangkan pada 2003 mendapat pujian, hakikatnya dia hanya bergelar bapa buat kali pertama ketika berusia 67 tahun pada 2012.
“Jika saya mempunyai cahaya mata pada usia muda, pasti saya akan menjadi bapa yang teruk kerana terpaksa memberi perhatian lebih kepada kerjaya,” katanya kepada AARP The Magazine pada 2017.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 5 MODEL LELAKI YANG MEWARISI BAKAT IBU BAPA MEREKA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
4 AKTOR TERKENAL YANG PERNAH MENYERTAI KUMPULAN MUZIK
Berkebolehan menyanyi dan berlakon, selebriti-selebriti ini berjaya membuktikan versaliti mereka sebagai anak seni di Hollywood.
4 AKTOR YANG PERNAH DINOBAT SEXIEST MAN ALIVE SEBANYAK DUA KALI
Sejak diperkenalkan, lebih 35 lelaki telah dinamakan sebagai Sexiest Man Alive namun hanya empat pernah dinobat lebih daripada sekali.
AZWAN KOMBOS & EZZATY ABDULLAH SAMBUT KEHADIRAN ORANG BARU
Tahniah buat Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang baru sahaja menimang cahaya mata ketiga pada 26 September lalu.
6 SELEBRITI & KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MERUPAKAN RAKAN BAIK
Kerabat Diraja Britain mempunyai ramai kenalan dari kalangan selebriti, malah ada juga yang boleh dianggap sebagai rakan karib.
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WOLFS
TCL Chinese Theater, Los Angeles menyaksikan kehadiran barisan pelakon dan tetamu untuk tayangan filem terbaru, Wolfs pada 19 September lalu.
5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG
Kebanyakan bintang lelaki Hollywood pernah memiliki rambut panjang sepanjang kerjaya mereka terutama pada tahun 80-an dan 90-an.