JUSTIN BIEBER BERI PETUNJUK RUMAH TANGGA DILANDA BADAI?
Baru lima bulan menimang cahaya mata sulung, muncul laporan mengatakan perkahwinan Justin Bieber dan Hailey Baldwin ibarat retak menanti belah.
Spekulasi ini muncul setelah penyanyi berusia 30 tahun itu dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram isterinya. Perkara ini disedari peminatnya pada pagi Rabu lalu.
Justin mengambil tindakan itu hanya selepas beberapa minggu Hailey meletakkan noktah pada khabar angin yang mengatakan perkahwinan mereka sedang berantakan.

Foto: Instagram
Seorang peminat meluahkan rasa terkejut dengan memuat naik satu ciapan di X, “Adakah mereka sudah berpisah?”. Seorang lagi menyatakan harapan untuk melihat rumah tangga pasangan itu yang dibina sejak September 2018 kekal selamanya.
Peminat ketiga pasangan itu meluahkan rasa simpati terhadap anak mereka, Jack Blues yang baru lima bulan melihat dunia. “Harapnya ini satu kesilapan kerana mereka baru saja menimang cahaya mata,” tulisnya.
Kebenaran Mengenai Perhubungan Justin Bieber & Hailey Baldwin
Tidak lama selepas spekulasi keretakan rumah tangga mereka tular, Justin mendedahkan kebenaran tentang apa yang berlaku di Instagram Story. Penyanyi asal Kanada itu berkata akaun Instagram miliknya digodam.
“Someone went on my account and unfollowed my wife. Shit is getting suss out here,” tulisnya.
Pendedahan ini menjernihkan khabar angin perceraian yang sedang hangat di media sosial. Sekali gus membuatkan peminatnya boleh menarik nafas lega.

Foto: Instagram
Hujung minggu lalu Justin memuat naik foto hitam-putih Hailey di Instagram Story berserta kata-kata pujian buat isteri tercinta. “The greatest woman I have and will ever know,” tulisnya.
Satu sumber mendedahkan perhubungan pasangan itu semakin mekar selepas memperbaharui ikrar perkahwinan pada Mei 2024 dan menyambut kelahiran anak sulung pada bulan Ogos.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEINTIMAN PEDRO PASCAL & JENNIFER ANISTON MENGUJAKAN PEMINAT
Spekulasi percintaan antara Pedro Pascal dan Jennifer Aniston bertebaran. Adakah dunia bakal menyaksikan sepasang lagi ‘power couple Hollywood’ dilahirkan?
FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN
Aktor Top Gun dan aktres Blonde itu dirakam bersama pada Jumaat lalu selepas tiba di London Heliport menaiki helikopter.
JUSTIN THEROUX AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN NICOLE BRYDON BLOOM
Hampir sepuluh tahun menjalani kehidupan tanpa kehadiran isteri di sisi, Justin Theroux akhirnya kembali bergelar suami.
GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER
Supermodel Gigi Hadid akhirnya terbuka hati untuk berkongsi perihal percintaannya kepada dunia.
KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK
Pasangan selebriti terkenal, Nicole Kidman dan Keith Urban berdepan ujian selepas rumah agam mereka di Beverly Hills, California diceroboh perompak.
TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?
Industri hiburan dikejutkan dengan spekulasi percintaan tidak dijangka selepas Tom Cruise dan Ana de Armas dirakam meluangkan masa bersama di London.