Skip to content

KOLABORASI ARTISTIK TIFFANY & CO. SEMPENA TAHUN BARU

KOLABORASI ARTISTIK TIFFANY & CO. SEMPENA TAHUN BARU

Kongsikan artikel ini

Tahun baru kali ini diraikan oleh Tiffany & Co. dengan kolaborasi istimewa bersama artis dari China, Oscar Wang.

Tiffany & Co. dengan bangganya mengumumkan kerjasama kreatif bersama artis multidisiplin, Oscar Wang, untuk meraikan Tahun Baru Cina tahun ini. Menggabungkan elemen ikonik jenama ini dengan gaya reka bentuk unik Oscar, kolaborasi ini menampilkan motif istimewa.  Objek hadiah edisi terhad juga menyatukan legasi tukang emas mewah ini dengan tradisi perayaan Cina.

Tiffany & Co.

Terinspirasi oleh seni kraf seramik, Oscar menggabungkan simbolik ular dan lingkaran infiniti angka 8 untuk mencipta identiti visual dengan sentuhan kontemporari. Ditubuhkan pada tahun 1837, Tiffany & Co. dikenali di seluruh dunia atas keanggunannya, semangat perintis, dan kemahiran tukangan tiada tandingan. Dalam sambutan Tahun Ular, kolaborasi artistik ini menghubungkan legasi Tiffany dengan tradisi perayaan Cina.

Tiffany & Co.

“Seramik mempunyai warisan mendalam dalam budaya Cina. Tetapi daya tarikannya terletak pada ketidakpastian bentuk akhir yang dihasilkan. Untuk tahun baru ini, saya menggambarkan pergerakan ular yang melengkung, membentuk tanda cinta tak berkesudahan. Ia adalah ekspresi keluarga, persahabatan, dan pertemuan tahun baru – cinta, semuanya bersama,” kata Oscar Wang.

Tanda Infiniti Hati Tiffany & Co. Sebagai Motif Utama

Motif utama menampilkan tanda infiniti berbentuk hati dengan lengkungan ular yang membentuk hati. Ia merupakan penghormatan kepada reka bentuk ikonik Open Heart Tiffany yang melambangkan semangat cinta. Corak cerminnya menunjukkan dua hati yang bersatu, bergabung menjadi angka lapan. Lapan ialah nombor yang melambangkan kekayaan dan keberuntungan dalam budaya Cina.

Tiffany & Co.

 

Ia diperbuat daripada Blanc de Chine, porselin putih bersejarah dari Dehua, Fujian. Bekas barang kemas ini menjadi interpretasi arca motif tersebut, dihiasi dengan simpulan Cina sebagai simbol tuah dan perpaduan. Dengan kemasan seramik berlapis glazur biru khas Tiffany, ornamen unik ini menjadi karya seni serta item berfungsi untuk menyimpan barang kemas dan harta kecil.

Tiffany & Co.

Satu lagi pemegang seramik berbentuk bebas membolehkan barang kemas digantung pada rangka tanda infiniti berbentuk hati. Ini memberikan sentuhan mewah untuk menghiasi ruang dalaman. Sempena musim perayaan, reka bentuk dua hati ini juga akan muncul pada pembungkusan jenama dan paket merah (angpow) untuk meraikan tahun baru dan permulaan baru.

Pautan Berkaitan: DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LABUBU & 5 BAG CHARM BLIND BOX KEGEMARAN RAMAI

LABUBU & 5 BAG CHARM BLIND BOX KEGEMARAN RAMAI

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

TIFFANY & CO RAIKAN CINTA SEJATI DENGAN KEMPEN #BELIEVEINLOVE

Bacaan Lanjut