ALL EYES ON ROMEO BECKHAM PLEASE!
Anak teruna pasangan sensasi dunia, David Beckham dan Victoria Beckham mencuri perhatian radar rumah fesyen global. Dari Balenciaga dan Burberry, DNA stail yang diwarisi Romeo mula bekerja hebat.
Ibunya, Victoria adalah salah seorang tokoh perintis fesyen dan bapanya, David ialah wajah rumah fesyen BOSS, maka tidak hairanlah bagaimana Romeo Beckham mulai mencintai fesyen. Berusia 22 tahun jelas mewarisi minat yang sama dipelopori orang tuanya dan dia mengolah dengan nafas yang lebih segar apabila melangkah keluar dari rumah dengan menggayakan beg Balenciaga yang menarik perhatian editor fesyen.

Anak bekas legenda bola sepak gaya ‘British Chill’ menerusi padanan jaket bomber dan seluar tan toned dalam gaya utilitarian yang menjadi trend semasa. Beanie sebagai aksesori tambahan bersama sepasang but hitam dengan perincian bertali memberikan definisi santai bagaimana sebenarnya olahan workerman-chic vibe! Namun Namun, semua mata tertuju pada aksesori pilihan Romeo. Di tangan kirinya, dia menggenggam ‘Beg Mini Bel Air’ Balenciaga yang diperbuat daripada kulit anak lembu hitam yang dilengkapi perincian aged-gold hardware, tali boleh laras, perincian logo foil dan penutupan kunci blh laras, buatan Itali dibuat dengan pernyataan gaya jalanan. Walaupun boleh didapati dalam empat saiz, Romeo memilih versi petit, yang kini dijual secara dalam talian dengan harga £2,550!
Kempen Balenciaga
Romeo membintangi kempen terbaharu Balenciaga dengan berlatarkan latar belakang kota Paris yang dirakamkan oleh Juergen Teller. Di bawah arahan kreatif Demna, Romeo berbaring di atas sofa jacquard putih di tebing Seine menggayakan dandanan rambut yang kelihatan basah, Romeo memakai hoodie krim bersaiz besar, seluar jeans kelabu pudar potongan baggy dan kemeja-T putih longgar. Disampingnya, beg Balenciaga. Ramai menjangkakan bekas model Burberry itu baru-baru ini menyertai Kim Kardashian, Nicole Kidman dan Dua Lipa sebagai model untuk rumah Sepanyol, Balenciaga, kini his brand CV only continues to flourish.

Pautan Berkaitan: Evolusi Gaya Victoria & David Beckham Sejak Dua Dekad Lalu
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FACE CARD NEVER DECLINES, MODEL LELAKI YANG SENTIASA ON POINT
Kenali 5 model lelaki yang sentiasa mencuri perhatian menerusi wajah menawan, gaya tersendiri dan karisma yang menyerlah dalam dunia fesyen.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.











