JOJO TEWAS, BUT WE ARE PROUD OF YOU!
Satu Malaysia tidak senang duduk semalam apabila menyaksikan Jjaguh Muay Thai negara, Jojo atau, nama sebenar Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, mengalami kekalahan dalam perlawanan ONE 170 Bangkok. Tewas di tangan peninju Johan Estupinan menjadikan kekalahannya sebagai cabaran kecil dalam perjalanan panjangnya sebagai seorang petarung
“Saya akan kembali. Terima kasih semua atas sokongan anda! Jojo dah buat yang terbaik, Jojo tak nak bagi alasan apa-apa. Perlawanan seterusnya kita buat lagi, tak akan berputus asa. Kita teruskan berlawan.” Jojo yang mewakili Rentap Muaythai Gym turut berikrar untuk terus berlawan dan tidak berputus asa.

Dalam perkongsian di Instagramnya, Jojo mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepadanya. Beliau menegaskan bahawa kekalahan tersebut bukanlah pengakhiran, malah satu cabaran kecil yang akan membentuknya menjadi petarung yang lebih baik.
Kejohanan Antarabangsa Muay Thai Wilayah Pahlawan
Membawa misi yang lebih besar, dia dijadualkan untuk bertarung dalam Kejohanan Antarabangsa Muay Thai Wilayah Pahlawan 2025 pada 22 Februari nanti. Perlawanan akan berlangsung di Dataran Merdeka, di mana akan berhadapan dengan atlet-atlet dari pelbagai negara. Ini memberikan peluang kepada peminat untuk terus memberi sokongan.
Semangat ini menjadi contoh teladan kepada atlet muda di Malaysia. Penghias wajah GLAM Lelaki November 2024 ini membuktikan bahawa setiap kekalahan adalah pengajaran, dan setiap kemenangan adalah bukti bahawa semangat juangnya tidak akan padam.
Pautan Berkaitan: The Rising Star, Johan ‘Jojo’ Ghazali Hiasi Cover Bulan November 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025
Tahun 2025 mengubah landskap horologi global dengan momen jam tangan selebriti, Rolex, TAG Heuer dan Formula 1.
5 PENAMPILAN JOHAN GHAZALI TAHUN 2025 PILIHAN GLAM LELAKI
Tahun 2025 menampilkan penampilan Johan Ghazali yang versatil, penuh karisma dan masih selesa untuk diikuti.
TIMEPIECES OF SUCCESS: KOLEKSI JAM TANGAN JOHAN GHAZALI
Intip koleksi jam tangan mewah Johan Ghazali. Hublot Classic Fusion dan Rolex ikonik, lengkap dengan harga dan keistimewaan setiap model.
MIKI GHAZALI RANGKUL PINGAT EMAS PADA USIA 16 TAHUN
Miki Ghazali menumbangkan lawan dari Thailand untuk merangkul emas dalam penampilan sulung di Sukan SEA. Tahniah buat Miki!
ATLET SUKAN GENERASI BAHARU YANG SEMAKIN MENYERLAH
Sukan SEA 2025 menjadi pentas kebangkitan atlet generasi baharu Malaysia yang tampil konsisten dan berdaya saing.
JOJO HADIAHKAN IBU JAM TANGAN MEWAH ROLEX
Kasih sayang yang tulus dan perhatian yang penuh makna, itulah yang ditunjukkan oleh Johan Ghazali, atau lebih dikenali sebagai Jojo, kepada ibunya yang tercinta.











