5 JENAMA MESTI MILIK DIGEROBOK LELAKI MASA KINI
Bila berbicara tentang fesyen lelaki, let’s be real— anda mahukan pakaian berkualiti tanpa perlu bersusah payah dimana ia imbang dan punyai esen gaya berkualiti.
Gerobok jejaka urban pada asasnya harus lebih berat pada akaian asas yang praktikal dan bernilai tinggi tanpa perlu menghabiskan berjam-jam mencari pakaian sempurna. Sebab itulah penting untuk mengetahui jenama pakaian lelaki terbaik untuk memulakan hari.
GLAM Lelaki senaraikan 5 jenama pakaian lelaki terbaik yang menawarkan paduan kualiti dan gaya. Ucapkan selamat tinggal kepada pakaian musim lalu dan terokai gerobok Mesti Miliki 2025!
EMPORIO ARMANI
Perkara pertama yang pasti mencuri perhatian di pertunjukan Emporio Armani Spring/Summer 2025—visual digital yang memaparkan keindahan kuda yang berlari bebas. Seperti yang kita tahu, model jarang tersenyum di pentas peragaan—sebarang ekspresi selain wajah neutral dianggap mengganggu perhatian terhadap pakaian. Namun, di pertunjukan Emporio Armani, senyuman mereka membawa kesan berbeza—menyuntik kesegaran, kehangatan, dan menonjolkan keselesaan serta kebebasan yang menjadi intipati koleksi ini.
Kod Gaya: Tali pinggang kulit bergaya harness dan pinggang yang diikat kemas dengan tali pinggang triple-tour (atau lebih tepatnya, gaya tali pinggang bertindih) menambah elemen equestrian yang bertentangan dengan kesan ringan dan bebas yang mendominasi —konflik gaya ini adalah ciri khas kepintaran dalam rekaan Emporio Armani.

Gambar: Emporio Armani
RAPLH LAUREN
Koleksi Ralph Lauren Purple Label Pre-Spring 2025 menggabungkan ketukangan Itali bertaraf tinggi dengan palet warna dan semangat yang diinspirasikan oleh Del Mar, California—sebuah destinasi pesisir pantai di mana bukit-bukit berbatu bertemu dengan warna laut dan langit—koleksi ini memberi nafas baharu kepada keanggunan tradisi Purple Label. Rekaan windowpane tweed dan fabrik herringbone yang ditenun khas menggunakan kashmir, sutera tussah, dan linen menghadirkan interpretasi moden namun klasik terhadap pakaian lelaki tradisional.
Kod Gaya: Palet warna hangat musim ini dan corak tradisional dalam fabrik khas menyatukan jahitan halus dengan gaya klasik harian, menggunakan suede lembut dan kashmir mewah. Keanggunan sartorial dalam tradisi jahitan Purple Label diberi nafas baharu melalui fabrik tweed windowpane dan herringbone yang ditenun khas menggunakan kashmir, sutera tussah, dan linen.

Gambar: Ralph Lauren
BOGGI MILANO
Boggi Milano memenuhi segala keperluan fesyen bagi seorang ahli perniagaan yang sentiasa bergerak, sama ada di tempat kerja atau ketika bersantai. Koleksi pakaian lelaki ini direka untuk menyesuaikan diri dengan setiap acara, menggunakan fabrik berkualiti tinggi yang berprestasi tinggi walaupun dalam situasi paling dinamik. Dengan ketukangan jahitan yang luar biasa, setiap rekaan memastikan gaya yang sentiasa rapi dan sempurna.
Kod Gaya: Gaya rentas musim yang praktikal dan selesa

Gambar: Boggi Milano
HACKETT LONDON
Hackett London dengan bangganya mempersembahkan koleksi Musim Bunga/Panas 2025, yang mencerminkan gaya British yang santai namun elegan. Koleksi yang dinanti-nantikan ini menawarkan keseimbangan antara gaya dan fleksibiliti. Koleksi SS25 Hackett London turut menekankan blazer santai dan pilihan fabrik jersey, ideal untuk cuaca peralihan. Pakaian rajut dalam kapas lembut dan campuran sutera memberikan rasa ringan dan segar, selari dengan tema koleksi.
Kod Gaya: Corak dan cetakan seperti Madras, garis-garis, dan motif tropika menghiasi, termasuk kemeja lengan pendek, polo linen renang, dan T-shirt. Koleksi ini juga merangkumi seluar pendek inovatif, denim musim panas, serta blazer, seluar, dan jaket dalam pelbagai pilihan delavé, memastikan setiap lelaki siri koleksi yang lengkap.

Gambar: Hackett London
SACOOR BROTHERS
Sacoor Brothers mengabadikan nafas anggun dan kualiti premium pada koleksi pakaian lelaki. Ia mentakrifkan semula keanggunan, bukan sahaja melalui penampilan luaran tetapi juga dengan perincian dalaman yang halus, menjadikan setiap helaian pakaian satu penyempurnaan gaya peribadi. Terokai koleksi kemeja eksklusif yang dihiasi dengan potongan kemas bergaya. Rasai esen fesyen sofistikated. Menggayakan Sacoor Brothers, lambang keunggulan dalam fesyen lelaki.

Gambar: Sacoor Brothers
Pautan Berkaitan: 10 TREND BUNGA/PANAS 2025 YANG MESTI LELAKI KUASAI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











