5 NEPO BABY YANG MENGIKUT JEJAK LANGKAH IBU BAPA MODEL
Tahun 90-an adalah zaman kegemilangan model di mana bintang seperti Tyson Beckford dan Cindy Crawford menguasai pentas peragaan.
Kini generasi baharu yang merupakan anak-anak supermodel muncul di pentas peragaan, dada majalah dan kempen kecantikan.
Kenali barisan model lelaki yang mewarisi bakat peragaan orang tua mereka
1. Jordan Beckford
Anak kepada supermodel Tyson Beckford ini ditawarkan kontrak sebagai model oleh agensi Soul Artist Management. Baru empat tahun menyertai dunia peragaan namun dia telah berjalan di pentas fesyen Tommy Hilfiger di Shanghai, muncul di Minggu Fesyen Paris dan membintangi pelbagai kempen berprofil tinggi.
Jordan juga terlibat dalam industri muzik, bahkan pernah menerbitkan muzik untuk salah satu kempen iklan cologne jenama bapanya, Orion Skye. Tyson mengakui sangat beruntung kerana memiliki anak sematang Jordan.
“Saya sangat berbangga kerana kebanyakan anak muda berusia 21 tahun masih tercari-cari arah tuju dalam hidup. Namun dia telah berjaya menemuinya,” katanya pada 2019.
2. Presley Gerber
Selepas Kaia Gerber, giliran Presley pula menceburkan diri dalam bidang modeling. Dia mencipta nama dalam peragaan majalah dan pentas fesyen. Pada Januari 2018, Presley menyertai Kaia sebagai wajah kempen pengiklanan global Calvin Klein Jeans, kemudian berjalan untuk Balmain di Minggu Pentas Fesyen Paris 2018.
Ibunya, Cindy Crawford merupakan legenda dalam industri fesyen. Cindy mencipta nama dengan membintang komersil ikonik antaranya iklan Pepsi Diet serta menyertai peragaan fesyen ternama seperti Versace. Hasil usahanya, dia tersenarai dalam gabungan elit supermodel 80-an dan 90-an yang dikenali sebagai The Big Five sebaris dengan Naomi Campbell, Linda Evangelista, Claudia Schiffer, Christy Turlington, dan tidak lama kemudian Stephanie Seymour.
Anwar Hadid
Anwar menandatangani kontrak sebagai model bersama IMG Models, agensi yang menaungi dua kakaknya, Gigi dan Bella Hadid. Selama lima tahun dalam bidang peragaan, dia telah melakukan pelbagai sesi penggambaran bersama majalah terkenal antaranya VMAN dan Paper.
Ibunya, Yolanda Hadid memulakan kerjaya sebagai model di bawah naungan Ford Models. Dia berhijrah dari Netherlands ke New York City untuk melancarkan kerjayanya sebelum mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Hadid.
4. Dylan Jagger Lee
Dylan dan ibunya, Pamela Anderson telah bekerjasama dengan pelbagai jenama besar dalam dunia peragaan. Sebelum membintangi filem Baywatch, Pamela mencipta nama sebagai model Playboy.
Kini anak bongsunya Dylan mengikuti jejak langkahnya dan menandatangani kontrak bersama Next Management. Dia juga menarik perhatian Pengarah Kreatif, Hedi Slimane yang memberinya tawaran hebat untuk membintangi kempen Saint Laurent.
5. Henry Samuel
Nepo baby terkini yang mengikut jejak langkah ibunya dengan menceburi bidang peragaan adalah Henry, anak kepada Seal dan Heidi Klum. Model berusia 19 tahun ini membuat kemunculan pertamanya di pertunjukan Lena Erziak Haute Couture Musim Bunga/Panas 2025 di Minggu Fesyen Paris pada 29 Januari lalu.
Walaupun ini merupakan kali pertama Henry berjalan di pentas fesyen, dia tetap mempunyai tip untuk dikongsi.
“Petua saya di pentas fesyen adalah tidak berjalan seperti penyu dan kekalkan postur badan tegak sambil memandang ke hadapan,” katanya kepada Vogue Germany.
Foto: Instagram/Getty Images
Pautan berkaitan: KENALI AMELIA & ELIZA SPENCER, SEPUPU PUTERA WILLIAM YANG KINI BERGELAR SUPERMODEL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PUTERA SEAL & HEIDI KLUM BUAT KEMUNCULAN SULUNG DI MINGGU FESYEN PARIS
Nampaknya anak kepada penyanyi Seal dan supermodel Heidi Klum mengikut jejak langkah ibunya di pentas peragaan!
ALL EYES ON ROMEO BECKHAM PLEASE!
Anak teruna pasangan sensasi dunia, David Beckham dan Victoria Beckham mencuri perhatian radar rumah fesyen global.
TINJAU KEDIAMAN MEWAH ADAM LEVINE & BEHATI PRINSLOO
Adam Levine dan isterinya memiliki sebuah rumah ladang jauh dari kota di Pacific Palisades, Los Angeles yang direka pada tahun 1930-an.
MULAKAN TAHUN BARU PENUH AKTIF DENGAN UNDER ARMOUR
Under Armour menyediakan kelengkapan larian dan pakaian serba guna sebagai hadiah Krismas untuk diberi kepada orang tersayang.
10 MODEL LOKAL LELAKI MESTI TAHU
Kehadiran model baharu dan yang sedia ada nyata memperkukuhkan lagi industri modelling Malaysia. Ketahui 10 model lokal lelaki masa kini.
NATIONAL GEOGRAPHIC APPAREL RAIKAN ULANG TAHUN PERTAMA DI MALAYSIA
Jenama fesyen dan gaya hidup National Geographic Apparel meynambut ulang tahun pertama dengan pembukaan kedai baharu.