BOLD DYSTOPIAN BY NAZREEM MUSA
PERJALANAN NAZREEM MUSA SEBAGAI SEORANG PENGGEMAR FESYEN TIDAK PERNAH STATIK—SEBALIKNYA, IA MERUPAKAN KESERONOKAN TANPA HENTI UNTUK MENCABAR KONVENSI SERTA MENEROKA BATAS PENGAYAAN KE TAHAP LEBIH JAUH.
Ikon fesyen Nazreem Musa tanah air, mengoncang arena fesyen lokal dan yang kini ligat muncul di Minggu Fesyen Antarabangsa bukan perkara yang biasa. Sejak kemunculannya yang melonjak pada beberapa tahun kebelakangan, Nazreem telah memahat namanya sebagai seorang figura fesyen tiada gentar dan estetika yang mencabar norma.

Gambar: Instagram @nazreemmusa | Rick Owens
Dalam satu wawancara menarik bersama GLAM Lelaki pada tahun 2022, Nazreem dengan penuh keterbukaan berkongsi pegangan utamanya, memberikan pandangan mendalam tentang gaya kreatif dan falsafah fesyennya yang tersendiri.

Gambar: Instagram @nazreemmusa | Rick Owens

Gambar: Instagram @nazreemmusa | Rick Owens
Bagi yang belum mengenalinya, Nazreem dengan pantas mendapat perhatian kerana gaya pakaiannya yang menentang norma fesyen dan sebaliknya meraikan mesej ekspresi diri. Lihat sahaja Instagramnya di @nazreemmusa—di mana, pada waktu penerbitan ini, dia mempunyai 177,000 pengikut—dan anda akan mendapati bahawa dia ibarat kameleon fesyen, bereksperimen dengan pelbagai gaya, dari klasik hingga berani, mengikut citarasanya sendiri.
Nazreem “Stail, bukan setiap orang mahu tampil menuruti gaya atau trend terkini. Ada yang lebih gemarkan gaya klasik dan ‘chill’. Stail mentakrifkan seseorang, ia merefleksikan pengenalan diri yang anda berikan kepada dunia. Anda tidak perlu berselimutkan dari kepala ke kaki dalam pakaian berjenama untuk menentukan siapa anda. Lelaki yang benar-benar bergaya adalah seorang individu yang memahami ‘mengapa’ motifnya untuk berpakaian dengan baik. Once he figures that out, the rest is cake.”
Pautan Berkaitan: #GL15TAHUN FASHION’S FUTURE CHAMELEON, NAZREEM MUSA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?
Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.











