7 PEMUZIK MUDA MALAYSIA ANDA PATUT KENALI
Malaysia dipenuhi dengan bakat-bakat muda dari pemuzik muda tempatan, merangkumi genre dari rap hingga indie.
Seiring berjalannya waktu, para pemuzik muda ini semakin mencuri perhatian, memadukan pengaruh tradisional dengan bunyi moden dan mencipta identiti unik. Mereka bukan sahaja menyentuh hati pendengar tempatan, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Dalam artikel ini, GLAM Lelaki akan memperkenalkan tujuh pemuzik muda—rapper dan kumpulan muzik—yang sedang mencipta nama dalam industri muzik Malaysia. Para artis yang sedang berkembang ini menolak sempadan, mendefinisikan semula landskap muzik. Mereka berjaya menjadikan diri mereka suara generasi akan datang.
#1 Dannqrack
Berada di bawah naungan Midlyfe Record, dannqrack telah membuat kemunculan dalam beberapa track yang menjadi hit dalam dunia hiphop Malaysia. Pemuzik muda ini melancarkan lagunya, Macam Ni pada tahun 2023 bersama lucidrari dan Eemrun yang juga dibawah label yang sama dengannya. Pada tahun 2024, Dannqrack mengeluarkan lagu yang ditulis olehnya sendiri, Mimpi buat gadis yang dijumpainya dalam mimpi.
#2 Distorted
Dianggotai oleh 3 pemuzik muda, muzik Distorted Material dipengaruhi oleh artis seperti Frank Ocean, Mac Miller dan Rex Orang County. Mula membuat kemunculan pada tahun 2019, Distorted dianggotai oleh Balo (Juga dikenali sebagai Iqie dari Insomniacks), Sino dan Eneyqay. Pada Oktober yang lalu, mereka berkolaborasi bersama Asyraf nasir dan Yonnyboi untuk lagu berjudul TELL EM. Salah satu lagu mereka, SWITCH menjadi salah satu pilihan GLAM Lelaki!
#3 MUAH!
Berpusat di Kuala Lumpur, MUAH! baru sahaja membuat kemunculan sulung mereka pada tahun 2024 yang lalu. Dianggotai oleh penyanyi utama mereka, Naim Daniel bersama Zenith (gitar), Tasneem (bass), Mairil (drum) dan Ayai (keyboard). MUAH! melancarkan lagu sulung mereka, BBF pada bulan September yang lalu.
#4 Forceparkbois
Anak-anak pemuzik muda berasal dari Johor Bahru ini sudah berada dalam industri sejak tahun 2018. Pada tahun 2021, mereka mengeluarkan track berbahasa Melayu, Lotus yang menjadi hit dalam dunia Hiphop. Rapper nombor 1 Korea Selatan, Jay Park melancarkan remix Lotus bersama labelnya, HIGHR Music menampilkan rapper-rapper terkenal Korea Selatan seperti Park Hyeon Jin, JMIN, BIG Naughty, pH-1, Trade L, Woodie Gochild dan Jay B.
#5 lucidrari
Juga berada di bawah naungan Midlyfe Record, rapper Malaysia yang sedang menaik ini terkenal dengan lagu hitnya, Gadisku ft Gard. Mula aktif dalam dunia muzik pada tahun 2022, lucidrari sudah mempunyai rekod yang hebat dalam dunia muzik. Seminggu selepas pelancaran album CHRONOSPHERE, lagunya telah mendapat tempat pertama di carta Spotify’s Top 20 Malaysian Albums . Antara lagu penampilannya yang menjadi kesukaan ramai ialah Lampu Biru dan Papertag.
#6 FUGO
Band indie dari Malaysia ini membuat kemunculan sulung di era Covid-19. Pada awal tahun 2020, FUGO mengeluarkan single pertama mereka, Waiting. Permulaan mereka sedikit sukar dengan lockdown yang tiba-tiba mula di Malaysia. Akan tetapi, band indie ini tidak mengalah dengan melancarkan dua demo mereka, Moon and The Sun dan ADONIM di akaun YouTube mereka. Dianggotai oleh Hakim Kamal (penyanyi utama), Kayrol Ami (bass) dan Fai (keyboard), lagu mereka yang menjadi pilihan GLAM Lelaki ialah Lagu Balada Kala Hujan, yang dilancarkan pada tahun 2021.
#7 Midnight Fusic
Cukup terkenal dikalangan peminat band, Midnight Fusic pernah menggegar Malaysia dengan single mereka, Caramel Cream pada tahun 2019. Lagu itu masih menjadi kegemaran ramai hingga kini. Midnight Fusic terdiri dari empat jejaka muda, Arif Kamarudin (gitar), Adrian Danial (vokalis dan gitar), Firdaus Azmi (bass) dan Muaz Rabbani (drum). Selain dari Caramel Cream, GLAM Lelaki juga memilih Time Machine sebagai lagu kesukaan kami!
Pautan Berkaitan: DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FESTIVAL DAN KONSERT MUZIK DI ASIA 2022
Saksikan festival dan konsert muzik menarik yang bakal berlangsung sepanjang penggal akhir 2022 di beberapa buah negara di Asia.
TUAH 2021 BUAT JOE FLIZZOW
Usaha Joe Flizzow untuk memartabatkan muzik rap Malaysia di mata dunia semakin ke hadapan setelah berjaya menjalin kerjasama dengan bintang rap antarabangsa, Snoop Dogg.