Skip to content

7 MENU MENARIK DI COACH COFFEE SHOP PILIHAN GLAM LELAKI

COACH COFFEE SHOP: 7 MENU MENARIK PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Coach membuka Coach Coffee Shop ketiga mereka, terletak di Sunway Pyramid selepas Coach Play Ipoh dan Coach Play APW. 

Coach Coffee Shop ini merupakan yang pertama dibuka di dalam pusat membeli-belah komersial, sekaligus mengukuhkan lagi kehadirannya dalam industri makanan dan minuman tempatan. Selari dengan konsep Americana yang sejajar dengan warisan jenama dan asal-usulnya, Coffee Shop baharu ini menawarkan hidangan bertemakan New York yang eksklusif untuk cawangan Sunway Pyramid, serta beberapa menu kegemaran dari Coach Play Ipoh dan Coach Play APW.

Sunway Pyramid

Pelbagai menu yang menarik disediakan oleh mereka. Soft serve mereka yang berada di Coach Play APW masih bermain di fikiran kami hingga hari ini. Dikatakan, terdapat menu baharu di cafe terbaru ini. GLAM Lelaki akan berkongsi tujuh menu menarik Coach Coffee Shop, bertempat di Sunway Pyramid yang menjadi pilihan kami.

#1 All Day Breakfast – Bagel bersama Cream Cheese

Sunway Pyramid

Gabungan cream cheese dan bagel yang kenyal diluar, lembut di dalam menjadikan menu ini hidangan yang sempurna untuk sarapan pagi.

#2 Beef Hot Dog

Sunway Pyramid

Boleh dimakan sebagai hidangan utama, atau snek jika mahu mengunyah. Gabungan sos dan jeruk timun membangkitkan lagi selera makan anda.

#3 Club Sandwich

Coach Coffee Shop

Gabungan yang sangat sempurna untuk perut yang lapar. Lengkap bersama kepingan ayam, keju dan sayur, sandwich seimbang ini memang untuk anda!

#4 Grilled Cheese

Coach Coffee Shop

Makanan yang sangat ikonik buat semua, Grilled Cheese tidak pernah mengecewakan! Rasa keju yang mencair bersama roti rangup diluar sangat membuka selera.

#5 Matcha Latte

Coach Coffee Shop

Sebagai seorang yang tidak gemar kopi, matcha latte merupakan pilihan minuman yang terbaik dalam menu ini.

#6 Lemon Meringue Pie Soft Serve

Coach Coffee Shop

Gabungan pai lemon dan soft serve sebagai pemanis mulut yang dingin sangat sempurna sebagai penutup hidangan.

#7 Pastries

Coach Coffee Shop

You can never go wrong with pastries! Pelbagai aneka pastries yang gebu menjadi pilihan di Coach Coffee Shop.

Pautan Berkaitan: COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NANON KORAPAT KINI RAKAN COACH ASIA TENGGARA

Bacaan Lanjut

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut
SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA COACH 2025

SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2025 COACH

Bacaan Lanjut
Coach Ipoh

COACH PLAY IPOH KINI DIBUKA

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
coach Malaysia

COACH ‘WEAR YOUR SHINE’ BERSAMA DOVE CAMERON, LIL BUCK, KEMIO, LEE YOUNG-JI & SONG YANFEI

Bacaan Lanjut